‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

ARAU – Individu atau wakil syarikat yang menjalankan urusan bagi pihak pelanggan di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seluruh negara diwajibkan berdaftar serta mendapat kelulusan jabatan itu mulai 1 Januari 2027.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, ketetapan itu bermakna mana-mana orang tengah atau runner yang tidak berdaftar tidak lagi dibenarkan menjalankan urus niaga bagi pihak pelanggan di JPJ.

“Ketetapan ini merupakan langkah JPJ dalam mengawal selia aktiviti perantara yang mewakili pelanggan dengan lebih teratur, telus dan berintegriti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pendaftaran sebagai Perantara Berdaftar akan dibuka mulai 1 November depan secara dalam talian menerusi platform yang disediakan JPJ.

Menurutnya, setiap individu atau wakil syarikat yang mendapat kelulusan pendaftaran akan dibekalkan pengenalan rasmi digital mengandungi nombor siri dengan tempoh sah laku selama dua tahun.

Bagaimanapun, Aedy Fadly menegaskan bahawa kelulusan tersebut tidak bermakna JPJ mempunyai sebarang ikatan, kerjasama atau hubungan perniagaan dengan perantara berkenaan.

Katanya, status Perantara Berdaftar juga bukan suatu bentuk pengiktirafan, sokongan atau jaminan JPJ terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh individu atau syarikat terbabit.

“JPJ juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, penipuan, caj tambahan atau pertikaian yang timbul daripada urusan persendirian antara pelanggan dengan pihak Perantara Berdaftar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika mendapatkan khidmat orang tengah bagi mengelakkan risiko penipuan atau kerugian.

Orang ramai turut digalakkan mengutamakan urusan secara terus melalui saluran rasmi termasuk aplikasi MyJPJ, Portal Awam JPJ dan kaunter jabatan.

Aedy Fadly berkata, pelaksanaan peraturan baharu itu mencerminkan komitmen berterusan JPJ dalam memperkukuh integriti, ketelusan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan di samping memastikan kepentingan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan.

Related Posts

KPM faham keresahan ibu bapa, penutupan sekolah bergantung IPU semasa

KEPUTUSAN penutupan sekolah akibat jerebu perlu diumumkan secara harian kerana ia faktor tidak boleh dijangka, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek. Beliau berkata, bagaimanapun segala pandangan ibu bapa berhubung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

NAIB Ketua Wanita PKR, Rozana Zainal Abidin menyambut baik titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang menegaskan bahawa perlindungan kanak-kanak perlu bermula di rumah, diperkukuh di sekolah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala