Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan menasihatkan orang ramai mengurangkan aktiviti di luar rumah, mematuhi nasihat pihak berkuasa serta mengelakkan pembakaran terbuka.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya memakai pelitup separuh muka ketika berada di luar rumah.

“Golongan berisiko tinggi termasuk kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan perlu diberikan perhatian khusus,” menurut kenyataan itu.

Ibu bapa, majikan dan penganjur program juga diminta mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tidak sihat.

Dalam pada itu, Wan Rosdy mengambil maklum keputusan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang untuk menutup sementara institusi pendidikan di daerah Rompin dan Kuantan pada 13 Oktober susulan keadaan jerebu dan bacaan Indeks Pencemar Udara di kawasan berkenaan.

Kerajaan Pahang juga akan terus memantau perkembangan semasa bersama agensi berkaitan bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Related Posts

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

KUANTAN – Semua institusi pendidikan di daerah Rompin dan Kuantan ditutup sementara esok sehingga tarikh yang akan dimaklumkan. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala