Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

KUANTAN – Semua institusi pendidikan di daerah Rompin dan Kuantan ditutup sementara esok sehingga tarikh yang akan dimaklumkan.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu dibuat berdasarkan keadaan semasa jerebu dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di kedua-dua daerah berkenaan.

Sepanjang tempoh penutupan, Pengajaran dan Pembelajaran di rumah akan dilaksanakan menggunakan kaedah bersesuaian dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.

JPN Pahang turut mengarahkan semua institusi pendidikan terlibat supaya memantau perkembangan bacaan IPU secara berterusan, selain mematuhi arahan dan garis panduan dikeluarkan Kementerian Pendidikan, Jabatan Alam Sekitar serta Kementerian Kesihatan.

Menurut kenyataan itu, pembukaan semula institusi pendidikan akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi JPN Pahang selepas keadaan dan bacaan IPU kembali ke tahap yang membolehkan operasi dijalankan dengan selamat.

Pihak institusi pendidikan juga perlu mengawal aktiviti yang boleh mendedahkan murid dan warga pendidikan kepada udara tidak sihat serta mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan risiko terhadap kesihatan mereka.

Pemantauan berterusan akan dilaksanakan bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rompin, PPD Kuantan dan agensi berkaitan bagi memastikan tindakan yang diambil bersesuaian dengan perkembangan semasa.

JPN Pahang menegaskan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid, guru serta seluruh warga pendidikan kekal menjadi keutamaan.

Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan mengikuti saluran rasmi JPN Pahang untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai tempoh penutupan serta pengumuman pembukaan semula institusi pendidikan.

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Guru rempuh dua pelajar hingga maut didakwa esok

Guru rempuh dua pelajar hingga maut didakwa esok