Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

SIBU – Golongan belia di Sarawak digesa memanfaatkan kemudahan infrastruktur dan potensi ekonomi setempat bagi meneroka peluang perniagaan yang mampu menjana pendapatan serta merancakkan pembangunan ekonomi negeri.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, perkembangan infrastruktur termasuk pembinaan jalan raya, jambatan dan peluasan jaringan telekomunikasi dapat membantu usahawan memperluas pasaran, khususnya di kawasan luar bandar.

“Belia perlu merebut peluang ini dengan mengenal pasti kekuatan sumber dan potensi ekonomi di kawasan masing-masing,” katanya selepas mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Penutupan Program Sarawak Youth StartUp (SYStartUP) Kohort Ketiga di Hotel Kingwood pada Ahad.

Menurut Ripin, penguasaan ilmu berkaitan pengurusan perniagaan, modal, pemasaran digital dan penggunaan teknologi penting bagi membantu usahawan muda membuat perancangan lebih teratur serta meningkatkan daya saing perusahaan mereka.

Program SYStartUP Kohort Ketiga yang berlangsung selama lapan hari itu melibatkan 140 peserta dari Zon Tengah Sarawak termasuk Sibu, Mukah, Kapit dan Sarikei. Program berkenaan turut dilaksanakan dengan kerjasama lebih 45 rakan strategik bagi memberikan pendedahan keusahawanan kepada peserta.

Pelaksanaan kohort ketiga di Sibu meneruskan usaha pembangunan keusahawanan belia selepas kohort pertama di Kuching pada Disember 2024 dan kohort kedua di Miri pada November 2025 selaras dengan usaha memperluas penyertaan belia dalam sektor perniagaan di Sarawak.

Foto: UKAS

Related Posts

Kerajaan negeri disaran sediakan rumah sementara untuk pesakit kanser, penjaga

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri disaran menyediakan Rumah Singgah Sementara khusus untuk kanak-kanak pesakit kanser dan penjaga mereka bagi meringankan beban keluarga sepanjang tempoh rawatan. Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penerbangan terus Miri-Subang bermula 1 Disember, tingkat kesalinghubungan ekonomi

PUTRAJAYA – Penduduk Miri bakal menikmati pilihan tambahan yang lebih efisien untuk perjalanan ke Lembah Klang apabila syarikat penerbangan Batik Air dijadual memulakan operasi penerbangan terus antara Miri dan Lapangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan bil elektrik rakyat tidak harus dibayangi isu keuntungan TNB

Bantuan bil elektrik rakyat tidak harus dibayangi isu keuntungan TNB

Kerajaan negeri disaran sediakan rumah sementara untuk pesakit kanser, penjaga

  • By Ithma
  • October 13, 2026
Kerajaan negeri disaran sediakan rumah sementara untuk pesakit kanser, penjaga

Nilai ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Nilai ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Penerbangan terus Miri-Subang bermula 1 Disember, tingkat kesalinghubungan ekonomi

Penerbangan terus Miri-Subang bermula 1 Disember, tingkat kesalinghubungan ekonomi

Belanjawan 2027: Langkah ringankan beban rakyat, peluasan insentif disambut baik

Belanjawan 2027: Langkah ringankan beban rakyat, peluasan insentif disambut baik

Pelajar Tingkatan Dua maut disambar petir ketika pulang memancing

Pelajar Tingkatan Dua maut disambar petir ketika pulang memancing