Bantuan pesawah diperuntuk RM2.62 bilion, lesen sampan nelayan ditingkat

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI menyediakan bantuan untuk pesawah sebanyak RM2.62 bilion bagi tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bermakna bagi setiap hektar sawah, pesawah akan menikmati RM4,300 meliputi subsidi benih, baja, racun, upah bajak dan harga padi.

“Kerajaan bersetuju meningkatkam kadar insentif penuaian padi daripada RM50 kepada RM100 sehektar semusim.

“Kadar insentif pembajakan yang telah ditingkan kepada RM300 akan dikekalkan diperluas kepada pesawah Sabah dan Sarawak,” katanya dalam Belanjawan 2027, hari ini.

Menurut Anwar, bagi memulih dan menyubur semula tanah sawah padi, RM20 juta disediakan untuk membekalkan baja foliar di lebih 10,000 hektar tanah sawah. 

Dalampada itu, kerajaan nersetuju meningkatkan jumlah pemegang lesen sampah khas daripada 17,000 kepada 20,000 nelayan demgan peruntukan RM30 juta.

“Bagi meningkatkan pendapatan para nelayan, geran turut disediakan untuk pelaksaam projek Akuakultur.

“Ini termasuk membekalkan sistem bioflok bagi ternakan tilapia. Agrobank turut menyediakan RM40 juta untuk pembiayaan projek akuakultur,” ujarnya.

Pada masa yang sama, katanya, para nelayan yang layak terus menikmati harga diesel bersubsidi pada RM1.65 seliter.

“Sejumlah RM178 juta ringgit turut disediakan antaranya untuk penyaluran insentif hasil tangkapan dan Elaun Sara Hidup sehingga RM300 sebulan,” ujarnya.

Related Posts

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

DAKWAAN kerajaan negeri Terengganu berjaya menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam satu penggal membawa mesej pencapaian yang besar. Namun, tanpa perincian tentang jenis pekerjaan dan jumlah pekerja yang benar-benar ditempatkan, angka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenaikan SARA bukan gula-gula pilihan raya, bukti kerajaan dengar keluhan rakyat

TANGGA BATU – Kenaikan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tidak seharusnya disifatkan gula-gula politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun dilihat sebagai usaha kerajaan mendengar keluhan rakyat berhubung peningkatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam