BAP dinaikkan kepada RM200, 5.3 juta murid bakal terima manfaat

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan peningkatan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan langkah itu dijangka memanfaatkan 5.3 juta murid dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1 bilion.

“Ini bermakna keluarga dengan empat orang anak akan menerima RM800 untuk persiapan bagi sesi persekolahan 2027.

“Bantuan itu akan disalurkan di sekolah supaya ibu bapa dapat hadir dan bertemu sendiri dengan guru sebagai tanggungjawab bersama bagi kemajuan akademik serta pembentukan sahsiah anak-anak,” katanya.

Beliau berkata pada pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, menurut Anwar, kerajaan turut menyediakan elaun sara hidup berjumlah RM2,500 kepada pelajar Tingkatan Enam, menyamai kadar elaun pelajar matrikulasi. Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada 90,000 pelajar.

Manakala bagi pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan pula, sebanyak RM870 juta diperuntukkan dengan memanfaatkan lebih 800,000 murid.

Tambah Anwar lagi, kerajaan turut prihatin dengan beban tugas perkeranian oleh guru, maka pengambilan Pembantu Guru akan diperluas ke 200 sekolah rendah berkepadatan tinggi.

Related Posts

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

DAKWAAN kerajaan negeri Terengganu berjaya menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam satu penggal membawa mesej pencapaian yang besar. Namun, tanpa perincian tentang jenis pekerjaan dan jumlah pekerja yang benar-benar ditempatkan, angka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenaikan SARA bukan gula-gula pilihan raya, bukti kerajaan dengar keluhan rakyat

TANGGA BATU – Kenaikan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tidak seharusnya disifatkan gula-gula politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun dilihat sebagai usaha kerajaan mendengar keluhan rakyat berhubung peningkatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam