Pendapatan bersih pemandu e-hailing naik RM227 sebulan, p-hailing RM100 mulai 2027

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan pihak Grab bersetuju untuk membiayai bersama satu pakej bernilai RM160 juta bertujuan untuk meningkatkan pendapatan bersih dan menambah baik kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing, bermula 2027.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketetapan itu diambil selepas Majlis Perundingan Gig sedang dalam peringkat rundingan bagi menetapkan kadar pendapatan minimum, formula pendapatan serta standard minimum perlindungan sosial bagi pekerja gig, yang akan dimuktamadkan pada awal tahun hadapan.

Menurut beliau, pakej itu meliputi peningkatan kadar pendapatan minimum bagi pekerja e-hailing dan p-hailing, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan dan insurans, serta caruman PERKESO. 

“Ini bermakna, pendapatan bersih untuk pemandu e-hailing pada tahap median dijangka meningkat sehingga RM227 sebulan, manakala pendapatan penghantar p-hailing meningkat sehingga RM100 sebulan. 

“Selain itu, kerajaan bersetuju menawarkan insentif caruman padanan PERKESO sebanyak 35 peratus kepada pekerja e-hailing dan p-hailing. Insentif akan ditingkatkan kepada 50 peratus sekiranya syarikat platform turut menanggung caruman untuk pekerja. 

“Sebanyak 600,000 rakyat mencari rezeki sebagai pemandu e- hailing dan p-hailing. Kerajaan MADANI akan membela nasib pekerja gig dengan perlindungan yang lebih menyeluruh,” katanya ketika berucap pada Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Related Posts

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

TANGGA BATU – Pihak berkuasa sedang mengesan seorang individu yang dipercayai menghina agama Islam menerusi hantaran media sosial berkaitan penggunaan satu perkataan ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

PUTRAJAYA – Kerjasama pendidikan Malaysia dan Mesir perlu diperluas melangkaui pengajian Islam dengan merangkumi bidang kejuruteraan, perubatan, elektrik dan elektronik (E&E), teknologi digital serta kecerdasan buatan (AI). Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

Pendidikan Malaysia-Mesir perlu melangkaui pengajian Islam – PM

Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

Belanjawan MADANI 2027: Kejayaan bergantung pelaksanaan beramanah – Mahfuz

Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

Netizen cabar PN bentangkan belanjawan alternatif

Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir

Sultan Ibrahim kurnia D.M.N. kepada Presiden Mesir