Dua kapal tentera laut China berlabuh tak ancam kedaulatan negara, ikut protokol

PUTRAJAYA – Tidak timbul soal ancaman kedaulatan negara susulan dua kapal tentera laut China berlabuh di Pulau Pinang.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kapal perang dari negara lain seperti Australia, Amerika Syarikat, China, India dan dari destinasi lain akan berlabuh di pelabuhan Malaysia, namun semuanya mengikut protokol yang dikendalikan Wisma Putra dan dalam pengetahuan Kementerian Pertahanan.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan memaklumkan, adalah menjadi kelaziman kapal perang negara lain singgah berlabuh di pelabuhan negara sebelum meneruskan pelayaran ke destinasi lain.

“Memang dari semasa ke semasa, kapal perang dari Australia, Amerika Syarikat, China malah dari India memang akan berlabuh. Sering kali menuju satu destinasi lain dan akan berlabuh untuk beberapa hari.

“Dalam waktu mereka (kapal) berlabuh itu biasanya kedutaan atau pewakilan asing bagi negara tersebut akan berhubung untuk melakukan beberapa aktiviti dan niatnya adalah untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara,” katanya kepada media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini pada Khamis.

Turut hadir Timbalan Menteri, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus; Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj.

Related Posts

PAC syor pegangan saham tempatan MAHB dikekalkan sekurang-kurangnya 70 peratus

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan pegangan saham tempatan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang dimiliki Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jentera kempen PN kurang menyengat tidak seperti PH, BN bersemangat

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) dilihat memulakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan momentum paling positif apabila berjaya menghimpunkan kehadiran penyokong yang ramai pada hari penamaan calon. Suasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan