Festival Filem Jepun 2024 platform pertukaran budaya Malaysia-Jepun

KUCHING – Festival Filem Jepun (JFF) 2024 mampu dijadikan platform rakyat Malaysia mengenali budaya Jepun sekali gus menggalakkan pertukaran budaya.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, penganjuran festival ini sudah memasuki tahun ke-12 di Kuching.

“JFF menjadi platform yang sangat penting bagi rakyat Malaysia untuk menikmati filem Jepun,” ujar beliau.

Tambah beliau, ia juga menjadi platform untuk meningkatkan kefahaman antara budaya kedua-dua negara.

“JFF turut menawarkan pelbagai filem yang sangat sesuai untuk ditonton pada semua peringkat umur,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Festival Filem Jepun 2024 di Pawagam Golden Screen, Pusat Beli Belah Cityone Kuching pada Rabu.

Sementara itu, Abdul Karim juga berharap festival ini juga dapat mewujudkan ruang kerjasama seni dan budaya.

“Saya berharap industri kreatif tempatan dapat terus berkembang sekali gus dapat menarik perhatian pada peringkat global,” kata beliau.

Selain itu, beliau juga berharap JFF pada kali ini dapat memperluas kefahaman penonton tempatan mengenai budaya, adat, dan perkembangan sosial Jepun.

JFF 2024 berlangsung bermula 10 Oktober hingga 13 Oktober di GSC CityOne Megamall Kuching menampilkan beberapa filem Jepun menarik seperti Godzilla Minus One, All the Long Nights, Akira, A Samura in Time.

Penonton juga dapat membeli tiket serendah RM10 untuk setiap filem kecuali A Samura in Time mungkin harga berbeza di GSC.

Semua filem Jepun yang ditayangkan turut mempamerkan sari kata bahasa Inggeris.

Related Posts

Sepilok Jazz 2026 berpotensi angkat Sandakan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

SANDAKAN – Festival Sepilok Jazz 2026 dilihat berpotensi menjadi antara produk pelancongan antarabangsa yang mampu mengangkat nama daerah ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan muzik, budaya dan alam semula jadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL, CIMB anjur konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka
  • AdenAden
  • August 26, 2026

KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka di sini bakal menghimpulkan barisan artis dan pengiat seni tanah air pada jam 8 malam, 30 Ogos ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

  • By Fatin
  • September 7, 2026
Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200