Guna kestabilan politik untuk tambah baik tatakelola

PUTRAJAYA – Kestabilan politik dimiliki Malaysia perlu digunakan sepenuhnya untuk terus menambah baik tatakelola yang menjadi kunci utama kepada pembangunan negara dan mengangkat martabat rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata negara kini sudah di tahap yang mana pemimpin politik, penjawat awam dan sektor swasta bersedia melakukan anjakan perubahan.

Katanya, negara tidak mampu berada di tahap lama, justeru jika perubahan lebih bermakna dan rancak tidak dilakukan, negara akan kembali kepada keadaan ekonomi suram dan lembap.

“Kita sudah ada kestabilan politik, kita gunakan untuk perbaiki tatakelola kerana tidak ada negara dengan kekayaan sebesar mana pun mampu mengangkat martabat masyarakat, bangsa dan negara tanpa satu pengurusan amanah yang bertanggungjawab.

“Sebab itu, kita mulakan dengan dasar itu. Kemudian kita perkenalkan dasar jelas, perindustrian, digital, tenaga dan semikonduktor supaya orang tahu dan ini memungkinkan kita meyakinkan mereka, yang mana bila mereka datang, mereka lihat ada tahap kecekapan yang diharapkan.

“Setakat ini, ada perubahan ke arah itu dan saya selalu sebut sentiasa ada ruang untuk diperbaiki,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama delegasi Malaysia yang berada di sini sempena Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan.

Majlis dianjurkan Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud di Rumah Malaysia di Vientiane.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan membuka tirainya secara rasmi semalam dan berlangsung selama tiga hari.

Perdana Menteri menyampaikan kenyataan negara pada sesi plenari ketua negara sejurus selepas majlis pembukaan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) di sini.

Anwar dijadual menghadiri lebih 20 sidang kemuncak, mesyuarat dan pertemuan dua hala yang berlangsung sepanjang tiga hari.

Pada majlis penutupan Jumaat ini, Laos akan menyerahkan jawatan Pengerusi kepada Malaysia sebagai Pengerusi Asean bagi 2025.

Related Posts

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

KUALA LUMPUR – Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 berakhir hari ini selepas 16 hari bersidang dengan tumpuan kini beralih kepada pelaksanaan 13 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi