Pelaburan terbesar dalam tempoh dua dekad di Terengganu

KERAJAAN bakal membangunkan industri baharu di Terengganu yang akan menjadi sebahagian daripada Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia juga bakal menyaksikan pelaburan terbesar di negeri Pantai Timur itu dalam tempoh dua dekad.

Dalam satu hantaran di Facebooknya, beliau telah mengadakan kunjungan ke Pejabat SUK Terengganu untuk berkongsi pelan pembangunan industri berkenaan iaitu pemerangkapan, penstoran dan penggunaan karbon (CCUS).

Rafizi (kanan) ketika mengadakan kunjungan ke Pejabat SUK Terengganu untuk berkongsi pelan pembangunan industri pemerangkapan, penstoran dan penggunaan karbon (CCUS).

“Ini adalah satu industri yang tidak pernah wujud di Malaysia dan hanya wujud di beberapa buah negara di dunia.

“Pelaburan bagi satu hub CCUS dijangka mencecah RM20 bilion dan menjana peluang pekerjaan berpendapatan tinggi,” catatnya.

Menurutnya lagi, selain Terengganu, negeri-negeri lain yang berpotensi membangunkan hub CCUS ialah Pahang, Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, Kementerian Ekonomi akan membentangkan rang undang-undang CCUS di Parlimen dalam bulan November ini.

“Insya-Allah, industri baru ini akan menyaksikan pelaburan terbesar di Terengganu dalam tempoh dua dekad.

“Bagi mereka yang secara berterusan menuduh Kerajaan Madani mengabaikan negeri-negeri pembangkang, saya berharap pembangunan hub CCUS yang dibawa ke Terengganu ini membuka mata mereka,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak