Dua bot nelayan asing berjaya ditahan

MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri berjaya menahan dua bot milik nelayan asing dari Vietnam dalam operasi di perairan Sarawak pada Sabtu lalu.

Difahamkan kedua-dua bot tersebut ditahan semasa operasi Op Khas Raja Laut, Op Permai, Op Khas Naga Timur, dan Op Tiris, sekitar 132 batu nautika dari barat laut Tanjung Baram.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Kamal Arrifin Jusoh memaklumkan bot tersebut cuba melarikan diri namun berjaya dihalang melalui tindakan pantas Maritim Malaysia dengan menggunakan kaedah ‘force boarding’.

Tambah beliau, kedua-dua kapal tersebut ditahan pada 11:35 pagi dan 11:55 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 10 kru warga Vietnam berumur antara 30 hingga 66 tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah,” kata beliau.

Jelas beliau, mereka kini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 yang menyebabkan tekong boleh didenda sehingga RM1 juta manakala kru boleh dikenakan denda RM100,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Dalam sidang media sempena Latihan Mencari dan Menyelamat (Sarex) Menaul Level 2 di Miri, Laksamana Kamal juga mengumumkan latihan yang melibatkan 25 agensi keselamatan dan persatuan swasta dengan penyertaan 160 peserta, bertujuan memperkukuh koordinasi operasi mencari dan menyelamat di laut.

“Latihan ini sebagai persediaan menghadapi cuaca buruk fasa peralihan monsun,” jekas beliau lagi.

Ujar beliau, latihan ini akan diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan semua agensi dapat bertindak balas secara cekap terhadap sebarang kecemasan di laut.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak