Iran beri amaran keras kepada Israel

TEHRAN – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi memberi amaran bahawa Iran tidak akan berlembut dan bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang kesilapan atau serangan yang dilakukan Israel terhadap wilayahnya.

Tegasnya, Iran tidak akan tergesa-gesa, berlembut atau teragak-agak untuk membalas serangan Israel sekiranya mana-mana institusi atau infrastrukturnya musnah akibat bedilan Israel, lapor al-Manar.

“Musuh tahu bahawa peluru berpandu kita boleh mencapai semua sasaran mereka.

“Tentera rejim Israel tidak seharusnya mengganggu atau mencabar keupayaan kami,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menteri Iran turut berikrar bahawa kerajaannya akan sentiasa teguh dalam menyokong paksi penentangan sehingga kemenangan dicapai, dan akan berpegang pada ikrar tegas iaitu mempertahankan prinsip dan cita-cita Palestin.

Tambahnya, Operasi Janji Benar 1 dan 2 yang dilancarkan sebelum telah menunjukkan dengan jelas keazaman Iran yang sedia bertindak balas dengan sukarela terhadap sebarang pencerobohan.

Amaran keras Araghchi dibuat susulan dakwaan mengenai rancangan Israel yang berpotensi untuk melancarkan serangan ke atas Iran, berikutan tindakan balas Iran terhadap pembunuhan beberapa pegawainya.

Kerajaan Iran telah menegaskan bahawa mereka tidak akan sekali-kali teragak-agak untuk memberikan tindak balas yang lebih keras jika diprovokasi musuh.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok