Disangka anak kucing, rupanya bayi comel dalam kotak

PENDANG – Misteri suara anak kucing akhirnya terjawab selepas seorang peniaga terjumpa seorang bayi lelaki yang masih hidup di gerai makannya di Sekolah Kebangsaan Kampung Rambai, Tokai di Pendang, Kedah, pagi tadi.

Bayi berkenaan yang diletakkan di dalam sebuah kotak itu dipercayai dibuang individu tidak bertanggungjawab, antara malam hingga awal pagi tadi.

Peniaga, Mahmud Lebai Salleh, 77, berkata, dia tiba di gerainya kira-kira jam 6.45 pagi untuk berniaga kuih-muih.

Bagaimanapun kira-kira satu jam selepas menjalankan perniagaan, tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti suara anak kucing di tepi gerainya.

Dia yang tidak mengesyaki apa-apa yang aneh kemudian mencari bunyi misteri itu dan melihat sebuah kotak diletakkan di atas meja di tepi gerainya.

“Saya terus membuka kotak tersebut dan terlihat sosok seorang bayi lelaki diletakkan di dalam kotak,” katanya.

Dia kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan tersebut.

“Kira-kira jam 8 pagi, jururawat dari Klinik Desa Kampung Rambai telah sampai. Tidak lama kemudian pihak polis sampai dan bawa bayi tersebut ke Hospital Pendang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pendang berhubung penemuan bayi tersebut.

Related Posts

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

KUANTAN – Bekas jurutera rangkaian telekomunikasi 5G bagi Wilayah Timur, Ahmad Murad Mat Hasim @ Idris dilantik sebagai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, hari ini. Selain mempunyai pengalaman dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

KUCHING – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) meraih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026 (DEA2026), masing-masing menerusi kategori Penyelidikan dan Pembangunan serta Teknologi Digital. Pengiktirafan itu diumumkan sempena Majlis Makan Malam Gala…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

Jangan hanya kejar akademik, pelajar perlu kuasai teknologi masa depan – Mohamad Duri 

Jangan hanya kejar akademik, pelajar perlu kuasai teknologi masa depan – Mohamad Duri 

Tiga projek jalan pertanian RTP di Tebedu siap sepenuhnya, telan kos RM450,000

Tiga projek jalan pertanian RTP di Tebedu siap sepenuhnya, telan kos RM450,000