Spring Airlines tambah penerbangan Shanghai-Kota Kinabalu kepada dua kali sehari Disember ini

KOTA KINABALU – Spring Airlines akan menambah penerbangan Shanghai-Kota Kinabalu daripada sekali kepada dua kali sehari mulai Disember ini, sekali gus menyediakan lebih banyak pilihan perjalanan kepada pelancong China menjelang Tahun Melawat Sabah 2027.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, keputusan itu dimaklumkan ketika beliau bertemu Penolong Presiden Spring Group, Li Jian, di Shanghai bagi membincangkan hubungan udara antara kedua-dua destinasi.

“Saya menyambut baik peningkatan kekerapan berkenaan yang disifatkannya sebagai perkembangan penting dalam memperluas akses pelancong dari China ke Sabah.

“Tambahan penerbangan akan menyediakan lebih banyak tempat duduk serta meningkatkan kemudahan akses dari China yang merupakan antara pasaran pelancongan antarabangsa utama Sabah,” katanya kepada media pada Rabu.

Menurut Jafry, peningkatan kekerapan itu juga dibuat ketika Spring Airlines beralih daripada penerbangan tidak berjadual kepada perkhidmatan berjadual bagi laluan berkenaan, sekali gus menyediakan asas yang lebih kukuh untuk mengembangkan hubungan udara Shanghai-Kota Kinabalu.

“Keputusan syarikat penerbangan itu memperluas operasinya di Sabah mencerminkan keyakinan terhadap pasaran negeri ini, meskipun industri penerbangan berdepan tekanan peningkatan kos bahan api.

“Keutamaan kita jelas untuk memperkukuh hubungan udara, mewujudkan permintaan dan menjadikan Sabah lebih mudah untuk dikunjungi,” kongsinya.

Tambahnya, penambahan penerbangan itu dijangka membantu Sabah menarik lebih ramai pelawat dari China serta menyokong persediaan negeri menjelang Tahun Melawat Sabah 2027.

Related Posts

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

SEREMBAN – Pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan dibatalkan berkuat kuasa serta-merta pada 20 September 2026. Keputusan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim digesa menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku sehingga pendiriannya berhubung Surat Cara Proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

Abang Perdana Menteri meninggal dunia