Ab Rauf terbuka rundingan dengan parti politik selepas DUN dibubar

AYER KEROH – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, rundingan dengan mana-mana parti politik yang berminat menjalin kerjasama boleh diadakan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebarang keputusan mengenai bentuk kerjasama atau hala tuju politik negeri masih belum ditentukan pada ketika ini.

Menurutnya, perbincangan dengan parti politik terbabit akan dinilai berdasarkan tawaran yang dikemukakan serta kepentingan pentadbiran dan rakyat Melaka.

“Pastinya akan ada rundingan dengan mana-mana parti yang terbabit dan akan menilai perbincangan itu menerusi tawaran yang diberikan.

“Yang paling utama bukan untuk kepentingan saya, tetapi bagaimana kita nak menguruskan negeri ini untuk rakyat Melaka, demi rakyat dan untuk rakyat,” katanya selepas mengumumkan pembubaran DUN Melaka di Auditorium Seri Negeri, di sini, hari ini.

Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka berkata, beliau terlebih dahulu mahu menyelesaikan urusan pembubaran DUN sebelum membincangkan soal kerjasama dengan parti politik.

“Kita selesaikan yang ini (urusan pembubaran DUN) dululah, selepas itu nanti baru kita cerita pasal (persefahaman dengan) parti, mana hala tuju kita,” katanya.

Mengenai kemungkinan mengekalkan barisan pentadbiran dan calon sedia ada bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), beliau berkata, perkara itu masih terlalu awal untuk diputuskan.

Katanya, keputusan berkenaan perlu mengambil kira pelbagai faktor dan tidak boleh dibuat pada hari pengumuman pembubaran DUN.

“Itu saya tak boleh jawab sekarang. Kita akan ambil banyak faktor, tak bolehlah hari ini saya beritahu, hari ini saya umum bubar sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Ab Rauf menyerahkan warkah proklamasi pembubaran DUN Melaka kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Rudy Rohan Johan, selepas sidang media berkenaan.

Penyerahan itu disaksikan Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar