KKIS beri peluang pelajar sekolah tahfiz, pondok belajar kemahiran

KOTA MARUDU – Kolej Kemahiran Islam Sabah (KKIS) di Pusat Pusat Latihan Dakwah USIA – AlBukhary, Kampung Marasinsim menjadi satu lagi landskap pendidikan baharu dalam latihan kemahiran di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, penubuhan kolej ini juga adalah satu usaha yang amat baik, tepat pada masanya dan relevan dengan keperluan semasa.

“Sudah pasti kolej ini memberi peluang kepada ramai anak-anak daripada institusi pondok, tahfiz dan pendidikan Islam di Sabah, meneruskan pengajian mereka dalam bidang kemahiran.

“Pelajar-pelajar tahfiz ini sudah mempunyai asas agama, hafazan dan nilai akhlak yang baik. Namun, dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar, mereka juga perlu diberikan kemahiran teknikal supaya mempunyai peluang pendidikan dan kerjaya yang lebih luas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kolej Kemahiran Islam Sabah atau KKIS, di Pusat Latihan Dakwah USIA – AlBukhary, Kampung Marasinsim, di sini pada Selasa.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif.

Menurut Hajiji, gabungan ilmu Islam dengan kemahiran teknikal dan vokasional, agar lepasan pondok dan tahfiz bukan sahaja mempunyai ilmu agama, tetapi juga mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh industri dan pasaran pekerjaan.

“Kita juga mahu anak-anak Sabah, termasuk lepasan pondok dan tahfiz, mempunyai laluan pendidikan dan kemahiran yang jelas serta mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi, khususnya dalam menghadapi cabaran masa depan seperti Kecerdasan Buatan atau AI,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Menteri mahu kerjasama strategik Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dengan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) terus diperkukuh melalui perkongsian kepakaran, teknologi, pengalaman dan jaringan pendidikan bagi membangunkan KKIS sebagai institusi kemahiran Islam yang berkualiti serta berdaya saing.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar