Pesara rugi RM540,000 akibat tertipu pelaburan tidak wujud

KUCHING – Seorang pesara tempatan berusia awal 60-an di Kuching menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud sehingga mengalami kerugian lebih RM540,000.

Menurut kenyataan Pesuruhjaya Polis Sarawak CP Datuk Mancha Ata, mangsa tertarik dengan iklan pelaburan di Facebook pertengahan Jun lalu yang ditawarkan oleh individu tidak dikenali.

“Mangsa berhubung dengan suspek melalui WhatsApp selepas diberikan nombor telefon oleh suspek, dan membuat pembayaran secara berperingkat melalui 24 transaksi ke sembilan akaun bank berbeza,” kata beliau.

Tambah beliau, keseluruhan pembayaran dilakukan antara pertengahan Jun hingga awal September 2024.

“Mangsa hanya menyedari telah ditipu apabila suspek gagal dihubungi dan tiada pulangan diterima,” jelas beliau lagi.

Polis Sarawak menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya kepada pelaburan di laman sosial.

Orang awam disarankan menyemak kesahihan syarikat di laman web rasmi Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta menggunakan aplikasi seperti Whoscall untuk mengenal pasti panggilan telefon yang mencurigakan.

Mangsa penipuan juga boleh menghubungi Pusat Respons Penipuan Nasional (NSRC) di talian 997.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP