Premier Sarawak dan isteri beri penghormatan terakhir mendiang Pawa

KUCHING – Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama-sama isterinya Puan Sri Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun Tuanku Bujang hadir memberi penghormatan terakhir terhadap mendiang Puan Sri Datin Sri Elizabeth Pawa.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi merupakan menantu kepada mendiang Pawa mengucapkan terima kasih atas kesudian hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang ibu mentuanya di kediaman Tabuan Jaya Tengah kira-kira 3.30 petang.

“Sesungguhnya kehadiran Premier dan isteri memberi makna kepada saya dan isteri, Datin Sri Angelina Ujang serta seluruh ahli keluarga kami dalam berhadapan dengan kehilangan ini,” kata Alexander di Facebook.

Beliau kemudiannya menandatangani buku takziah yang disediakan sebelum beredar.

Mendiang Puan Sri Datin Sri Elizabeth Pawa yang juga isteri bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, mendiang Tan Sri Datuk Seri Celestine Ujang Jilan menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun kira-kira 9.55 pagi.

Related Posts

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

KUANTAN – Rakyat Pahang, khususnya di daerah Kuantan dan Rompin, diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu bagi melindungi kesihatan masing-masing. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala