PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang kini disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU).

Ketua AMK Perlis, Azzin Izzad Bahanudin berkata, pihaknya prihatin terhadap keadaan murid perempuan berusia 12 tahun dari sebuah sekolah di kawasan Batu Bertangkup yang kini terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda selain berdepan masalah saraf.

Menurutnya, keluarga kanak-kanak itu yang mendakwa anak mereka menjadi mangsa buli mahu mendapatkan keadilan, namun berdepan kekangan kewangan untuk mendapatkan khidmat guaman.

“Melihat keadaan kanak-kanak tersebut, kami mengambil keputusan untuk segera menghulurkan bantuan dalam bentuk khidmat guaman menerusi Biro Guaman MPN PKR Perlis.

“Perkhidmatan ini kami tawarkan untuk membantu keluarga mangsa. Kami berharap mereka mendapat keadilan sewajarnya,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Turut hadir menemui keluarga kanak-kanak berkenaan ialah peguam, Ammar Muhammad dari Biro Guaman MPN PKR Perlis bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes tersebut.

Media sebelum ini melaporkan, ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Norasikin Hasin, 32, meluahkan kesedihan apabila anak perempuannya kini disyorkan untuk didaftarkan sebagai OKU selepas keadaan fizikal dan kesihatannya semakin merosot.

Pihak hospital turut mengeluarkan surat pengesahan bagi membolehkan kanak-kanak berkenaan didaftarkan sebagai OKU susulan keadaan kesihatannya ketika ini.

Bagaimanapun, Norasikin dilaporkan masih berbelah bahagi untuk meneruskan pendaftaran itu memandangkan anaknya dilahirkan sihat dan membesar secara aktif seperti kanak-kanak lain sebelum ini.

Kanak-kanak berkenaan didakwa menjadi mangsa buli fizikal dan mental di sekolah pada Februari lalu sebelum mengadu mengalami sakit belakang selepas pulang dari asrama.

Norasikin bersama suaminya, Muhamad Abdul Hadi Mohd Fauzi, 32, sebelum ini turut memohon keadilan berhubung kejadian yang didakwa menimpa anak sulung mereka itu.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

LUMUT – Cubaan membawa masuk 36 warga Indonesia termasuk dua wanita hamil dan tiga kanak-kanak melalui laluan laut tidak sah terbongkar selepas sebuah vesel kayu tanpa nombor pendaftaran ditahan Agensi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026