Kuskop beri fokus tambahan kepada komuniti PMKS Sabah, Sarawak

PENAMPANG – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) memberi fokus tambahan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah serta Sarawak termasuk pembangunan gerakan koperasi Wilayah Malaysia Timur.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata,  sebanyak RM953.9 juta pembiayaan telah disalurkan kepada 53,044 usahawan PMKS dan koperasi di Sabah.

Katanya, pembiayaan tersebut dapat disalurkan daripada tujuh agensi pembiayaan di bawah kementeriannya iaitu Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp, Pernas, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tekun Nasional.

“Sabah adalah negeri ketiga tertinggi mendapat pembiayaan terbesar daripada Kuskop pada tahun lepas. 

“Oleh itu saya mahu dewan-dewan perniagaan di Sabah termasuk dewan perniagaan Bumiputera terus memainkan peranan untuk bersama meningkatkan prestasi PMKS negara.

“Saya yakin prestasi tahun ini juga boleh mencapai kecemerlangan seperti yang dicapai pada tahun 2023, apabila PMKS menyumbang RM613.1 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan dari segi guna tenaga telah meningkat kepada 263,000 pekerja bagi tahun 2023 berbanding sebelumnya, manakala nilai ekport berkembang sebanyak 4.5 peratus, menjadikan sumbangan eksport PMKS bernilai RM152.2 bilion pada tahun itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-28 Penampang Chinese Chamber of Commerce & Industry (PCCI) di Magelan Sutera di sini, pada Ahad.

Selain itu, Ewon berkata, Kuskop juga telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bersesuaian dengan keperluan di Sabah dan Sarawak, termasuk Program Inisiatif Keusahawanan Veteran Pembiayaan (I-VIP) yang dilaksanakan oleh Pernas khusus untuk golongan pesara dan veteran.

“Kuskop juga berbincang dengan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk menjadikan SESB antara syarikat anchor agar para pembekal, vendor-vendor atau kontraktor di bawahnya mempunyai akses kepada geran pembangunan vendor kementerian, dan mana-mana vendor yang mendapat kontrak syarikat ‘anchor’ kita, telah disediakan geran hingga RM1 juta.

“Kini Kuskop mempunyai 37 syarikat besar multinasional yang telah menandatangani perjanjian persefahaman, oleh itu kita harap SESB bersetuju dengan tawaran tersebut bagi membantu vendor tempatan Sabah yang terlibat dengan projek SESB untuk mendapatkan fasiliti,” katanya.

Sementara itu, Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, Kuskop telah membuka semula Pejabat Cawangan Tekun Nasional di daerah itu dan akan memindahkan Pejabat SME Corp ke Penampang dalam masa terdekat, untuk perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti PMKS daerah itu.

Katanya lagi, tahun ini kerajaan Madani telah memperuntukkan RM44 bilion kepada komuniti PMKS berbanding RM40 bilion tahun lalu.

“Saya amat yakin komuniti PMKS akan terus menjadi fokus besar kerajaan dalam Belanjawan yang akan dibentangkan minggu hadapan.

“Dengan meneliti cabaran dan situasi yang ada pada hari ini, saya amat yakin Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan terus memberi perhatian kepada komuniti PMKS melalu penyaluran dana peruntukan dan skim jaminan pembiayaan yang lebih besar.

“Kuskop telah menubuhkan sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan Kebangsaan yang memantau pelaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan PMKS, begitu juga dengan Sabah yang telah ditubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan diantara Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi memudahkan kerjasama dan penyaluran pembiayaan yang diperlukan oleh PMKS Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, Ewon berharap kecemerlangan 12 penerima anugerah usahawan dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-28 PCCI itu akan menjadi inspirasi dan motivasi kepada semua usahawan lain untuk terus berjaya.

Antara 12 penerima anugerah berkenaan termasuk Garden Bakery, Paumin Hardware Sdn Bhd, CKS Retail Sdn Bhd, Percetakan Keningau Sdn Bhd, Twinine Sdn Bhd, Krisventure Sdn Bhd, Antah Juta Sdn Bhd, Shu Ren Learning Centre Sdn Bhd, Deevin Development Sdn Bhd, Platinum Hotel, Bina PYK (Sabah) Sdn Bhd dan Thousand Sunny Logistics Sdn Bhd.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti