Sarawak Delta Geopark dicadang daftar sebagai Tapak Warisan Unesco – Abang Johari

KUCHING – Kerajaan Sarawak berhasrat mahu mendaftarkan Sarawak Delta Geopark sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) menjelang 2026.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak kini sedang meneliti syarat yang diperlukan oleh Unesco.

“Salah satu cara mempercepatkan proses ini adalah menjemput pakar dari Unesco untuk datang dan melihat sendiri Sarawak Delta Geopark,” ujar beliau.

Tambah beliau, kemungkinan ia akan dibawa ke Lembaga Unesco jika dapat memenuhi semua proses tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan ‘International Seminar On Aspiring Sarawak Delta Unesco Global Geopark’ pada Isnin.

Abang Johari berharap Sarawak Delta Geopark mampu menjadi salah satu industri pelancongan berkualiti di Sarawak jika berjaya didaftarkan sebagai tapak warisan Unesco.

“Sarawak mengambil contoh Pulau Jeju di Korea sebagai modal yang berjaya mendaftarkan geopark mereka di bawah Unesco,” kata beliau.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian; Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh; Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Related Posts

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

SEPANGGAR – Pendakwah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) berjaya menarik lebih 3,000 orang menghadiri wacana ilmu bertajuk ‘Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera’ di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

MIRI — Program Sarawakku Sayang 2026 membuka tirainya dengan majlis pelancaran yang berlangsung meriah di Miri Kitchen pada Jumaat. Program yang berlangsung dari 24 hingga 26 April itu diadakan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar