
MANCHESTER United mengalami satu lagi episod memalukan apabila tersingkir daripada saingan Piala Carabao selepas tewas 2-3 kepada Brighton & Hove Albion dalam aksi pusingan ketiga di Old Trafford awal pagi tadi.
Skuad kendalian Michael Carrick bermula garang apabila mendahului 2-0 dalam tempoh 10 minit pertama menerusi jaringan Shea Lacey pada minit kelapan dan Mason Mount dua minit kemudian.
Bagaimanapun, Brighton mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk meranapkan harapan tuan rumah.
Charalampos Kostoulas merapatkan kedudukan pada penghujung babak pertama sebelum Pascal Gross menyamakan kedudukan pada minit ke-65.
Pasukan pelawat melengkapkan kebangkitan dramatik empat minit kemudian apabila Maxim De Cuyper menjaringkan gol kemenangan yang memastikan Brighton melangkah ke pusingan seterusnya.
Kekalahan itu mencetuskan rasa tidak puas hati penyokong United sebaik wisel penamat dibunyikan, ketika tekanan terhadap Carrick terus meningkat selepas permulaan musim yang tidak konsisten.








