Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu.

Bagaimanapun, kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan memaklumkan, inisiatif itu yang sebelum ini pemindahan kelayakan hanya dibenarkan kepada ahli keluarga terdekat itu
tidak melibatkan pertukaran hak milik kenderaan.

Kementerian itu memaklumkan, penerima yang diluluskan akan mendapat kelayakan bulanan sendiri yang boleh digunakan untuk membeli RON95 bersubsidi, diesel bersubsidi atau gabungan kedua-duanya.

“Penambahbaikan ini dibuat susulan maklum balas yang diterima oleh Datuk
Seri Anwar Ibrahim, terutamanya daripada pengguna kenderaan diesel di Sabah dan
Sarawak, di mana urusan jual beli kenderaan secara ‘sambung bayar’ dan pemilikan beberapa kenderaan diesel dalam sesebuah isi rumah lebih lazim.

“Pemilik berdaftar yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan diesel
persendirian boleh memindahkan kelayakan bulanan kenderaan tersebut kepada maksimum tiga individu lain, tertakluk kepada jumlah kenderaan diesel berdaftar.

“Pada masa yang sama, pemilik berdaftar masih mengekalkan kelayakan bulanan
bagi kenderaan diesel persendirian yang belum dipindah untuk kegunaan sendiri,” kata MoF.

Sebagai contoh, MoF memaklumkan, sekiranya Alias mempunyai empat kenderaan diesel persendirian, beliau boleh memindahkan kelayakan bulanan kenderaan tersebut kepada pengguna sebenar kenderaan itu seperti isteri, anak dan pekerja beliau.

Katanya, Alias dan ketiga-tiga individu tersebut akan menerima kelayakan bulanan
masing-masing berdasarkan jenis kenderaan yang digunakan.

“Bagi kenderaan diesel persendirian jenis jip atau pikap yang layak, Encik Alias
sebagai pemilik berdaftar kenderaan tersebut memohon tambahan 100 liter sebulan, tertakluk pada syarat yang ditetapkan sebelum permohonan pindah kelayakan dapat
dibuat.

“Bagi situasi di mana pemilik memindahkan ketiga-tiga kenderaan diesel yang
dimiliki, pemilik berdaftar akan dapat menikmati subsidi BUDI95 sahaja. Bagi setiap kenderaan yang layak, pemindahan hanya dibenarkan sekali.

“Setelah diluluskan, kelayakan tersebut tidak boleh dipindahkan semula kepada pemilik
berdaftar atau kepada individu lain, kecuali dalam keadaan khusus yang ditetapkan.
Seorang penerima hanya boleh menerima pemindahan kelayakan daripada seorang
pemilik berdaftar,” katanya.

Dalam pada itu, MoF berkata, permohonan di bawah ketetapan baharu boleh dibuat mulai 16 September 2026 melalui Portal BUDI MADANI di www.budimadani.gov.my,secara fizikal di mana-mana Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau mendapat
maklumat lanjut serta bantuan di stesen minyak berdekatan.

Untuk membolehkan kelayakan digunakan mulai 1 hari bulan berikutnya, menurutnya, permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 27 September ini.

“Sebagai contoh, permohonan yang dikemukakan selewat-lewatnya pada 27
September 2026 akan diproses untuk membolehkan kelayakan digunakan mulai 1
Oktober 2026, tertakluk pada semakan dan pengesahan data.

“Permohonan yang dikemukakan seperti maklumat pemilik, penerima dan kenderaan
yang dikemukakan akan disemak silang dengan rekod agensi berkaitan sebelum
kelulusan diberikan.

“Pemindahan kelayakan yang telah diluluskan sebelum 16 September 2026 kekal
muktamad. Pemilik berdaftar yang mempunyai lebih dari satu kenderaan masih boleh mengemukakan permohonan baharu, tertakluk pada had maksimum tiga penerima pemindahan dan jumlah kenderaan diesel berdaftar,”, katanya.

Related Posts

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

KUCHING – Sabah dan Sarawak masing-masing bakal menerima Pemberian Khas interim berjumlah RM1.5 bilion, satu peningkatan ketara yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX