PM jemput Presiden Myanmar bincang isu Rohingya

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjemput Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bagi membincangkan secara langsung penyelesaian isu pelarian dari negara itu.

Perdana Menteri berkata, perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jemaah Menteri kira-kira dua minggu lalu bagi membuka ruang hubungan diplomatik serta rundingan supaya Myanmar bersedia menerima semula rakyatnya.

“Saya akan undang Presiden Myanmar melawat Malaysia secara rasmi. Kita boleh bersahabat, kita boleh berdagang.

“Kita boleh terima Myanmar. Tapi Myanmar mesti terima,” katanya dalam podcast Sembang Ohh Yeahh sempena Hari Malaysia, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan, penghantaran pulang itu boleh dilaksanakan secara berperingkat sekiranya Myanmar tidak mampu menerima 200,000 orang secara serentak.

Menurut beliau, penyelesaian perlu dicari kerana pelarian di negara ini berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan, manakala masyarakat tempatan pula berdepan pelbagai masalah yang mencetuskan keresahan.

“Kalau tak boleh 200,000 sekali gus, ambil berperingkat dan kita akan bantu selesaikan.

“Pendekatan diplomasi perlu digunakan kerana kecaman semata-mata tidak akan menyelesaikan persoalan penghantaran pulang,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, Malaysia sudah memperoleh persetujuan Myanmar untuk menerima 5,000 orang sebagai langkah awal dalam usaha penghantaran pulang tersebut.

Katanya, langkah itu turut membolehkan kerajaan mengurangkan beban keselamatan dan ekonomi akibat penempatan mereka di depot.

“Dia baru terima 5,000 orang. Ini cara saya penyelesaiannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, keselamatan mereka yang dihantar pulang juga perlu dipastikan sepanjang proses berkenaan.

“Boleh tak kita jamin keselamatan dia? Boleh tak kawasan itu kawasan selamat?” soalnya.

Malaysia sebelum ini mengumumkan fasa pertama penghantaran pulang melibatkan kira-kira 1,500 individu pada September melalui proses yang dinyatakan kerajaan sebagai penghantaran secara sukarela.

Related Posts

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen serta penyalahgunaan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan identiti rasmi pejabat berkenaan. PMO dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

PETALING JAYA – Subsidi input pertanian terutama baja dan racun terus kepada pesawah melalui MyKad seperti meka­nisme Sumbangan Asas Rahmah (SARA) lebih berkesan dalam aspek tadbir urus agihan bantuan. Pensyarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

Se­pak anak di restoran, anggota tentera mengaku tidak bersalah

Se­pak anak di restoran, anggota tentera mengaku tidak bersalah

Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah