Festival of Lights imbau kenangan semangat perpaduan kaum

KUANTAN – Kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia adalah keistimewaan dimiliki negara ini dan mungkin kurang dirai di sebilangan negara lain.

Kesepakatan melalui persefahaman wujud sejak sekian lama itu juga menjadikan semua perayaan diraikan secara meriah oleh semua kaum.

Justeru, Kuantan 188 dengan kerjasama Golden Appam Corner, Armos Cafe dan Majlis Belia India Pahang (MIYC) menganjurkan Festival of Lights pada 25 hingga 27 Oktober ini.

Pengurus Besar Kuantan 188, Khalisa Azman berkata, festival bersempena sambutan Deepavali itu dianjurkan bersama rakan strategik yang terdiri daripada vendor produk masyarakat India dari seluruh negara.

“Khemah jualan disediakan kepada vendor dan pengunjung boleh mendapatkan barangan keperluan mereka bagi sambutan Deepavali sepanjang festival berlangsung,” katanya selepas mesyuarat penyelarasan Festival of Lights, hari ini.

Mesyuarat dihadiri Pengarah Urusan Golden Appam Corner, Prabu Dadayan dan wakil MIYC serta pengurusan Kuantan 188.

Selain itu, katanya, terdapat pelbagai acara sampingan disediakan kepada pengunjung untuk mengambil bahagian.

Selain Diwali Bazaar, pengunjung juga boleh menyertai pertandingan makan Pani Puri, persembahan tarian tradisional, pertandingan Rangoli Kolam dan pertandingan mengeja Tamil.

“Pertandingan Mr & Mrs Diwali dan fotografi juga kita anjurkan pada festival julung kali ini,” katanya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok