JPJ buka bidaan siri H sempena Hari Malaysia

KUALA LUMPUR – Nombor pendaftaran kenderaan istimewa siri H sempena sambutan Hari Malaysia akan dibuka untuk bidaan mulai Rabu hingga 20 September ini, membabitkan nombor 1 hingga 9999.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, bidaan boleh dibuat menerusi aplikasi JPJeBid, manakala keputusan bidaan akan diumumkan pada 21 September.

Menurutnya, siri H mempunyai keistimewaan tersendiri kerana menjadi huruf tunggal terakhir yang ditawarkan JPJ, selain membawa simbolik keharmonian sempena sambutan Hari Malaysia.

“Nombor ini sangat istimewa dan orang ramai digesa mengambil peluang untuk mendapatkannya kerana selepas ini, tiada lagi huruf tunggal akan ditawarkan oleh JPJ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran nombor pendaftaran siri H sempena Hari Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Aedy Fadly menjelaskan penggunaan huruf H bagi siri istimewa berkenaan tidak sama dengan pendaftaran kenderaan teksi.

Katanya, nombor pendaftaran teksi perlu disertakan dengan huruf pendaftaran negeri.

“Sebagai contoh, teksi di Perak didaftarkan dengan huruf HA kerana A merupakan huruf pendaftaran negeri itu,” katanya.

Related Posts

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya bukan seorang bapa yang ideal sepanjang perjalanan politiknya, sebaliknya menghargai pengorbanan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana banyak memainkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap