Tabung Kasih @HAWANA salur lebih RM729,000 santuni warga media seluruh negara

KUCHING – Kementerian Komunikasi menerusi inisiatif Tabung Kasih @HAWANA terus komited menyantuni dan menjaga kebajikan pengamal media, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM729,300 telah disalurkan kepada 845 penerima di seluruh negara setakat 15 September tahun ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 58 warga media di Sarawak telah menerima manfaat membabitkan peruntukan berjumlah RM172,000, manakala 33 penerima di Sabah mendapat bantuan bernilai RM96,000.

“Selain itu, seramai 76 orang penerima dari Sabah, Sarawak, mahupun Semenanjung telah menerima manfaat di bawah peruntukan bantuan yang disumbangkan oleh pihak Telekom Malaysia (TM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan menyerahkan sumbangan wang tunai Tabung Kasih @HAWANA kepada seorang pengamal media, Chimon Upon, yang kediamannya rosak akibat ditimpa musibah pada Selasa. 

Lawatan tersebut turut disertai oleh pengurusan tertinggi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Mengulas mengenai insiden yang menimpa mangsa yang juga pengamal media, Fahmi menjelaskan bahawa bumbung dari bangunan bersebelahan telah runtuh dan menghempap kediaman wartawan berkenaan pada 25 Ogos lalu.

“Saya amat bersyukur kerana kejadian itu berlaku pada waktu siang ketika hampir kesemua ahli keluarga berada di luar rumah.

Bagaimanapun katanya, kediaman tersebut agak terkesan. Berdasarkan lawatan ringkas tadi, terdapat masalah struktur di mana dindingnya retak dan beliau turut bimbang sekiranya sistem pendawaian terjejas.

“Saya juga telah meminta pihak TM untuk memeriksa sebarang kerosakan pada kabel rangkaian internet di sini bagi memastikan segalanya selamat,” ujarnya.

Beliau berharap sumbangan yang disampaikan itu bukan sekadar meringankan beban mangsa, malah menjadi manifestasi sokongan berterusan kementerian dan rakan media dalam menyantuni petugas industri yang ditimpa ujian.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap