Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SHAH ALAM –  Kualiti rangkaian internet tetap di Malaysia semakin meningkat sehingga dinobatkan tempat kedua dalam kalangan lima negara terbaik di Asia Tenggara.

Pencapaian itu berdasarkan data platform bebas pengukuran prestasi internet, nPerf, yang menilai kualiti perkhidmatan internet berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dengan merekodkan indeks 80.87 peratus bagi tempoh Januari hingga September 2026.

Menurut nPerf, Malaysia hanya berada di belakang Singapura yang mencatatkan indeks penstriman tertinggi iaitu 84.70 peratus.

Malaysia turut mengatasi Thailand dan Vietnam yang masing-masing merekodkan indeks penstriman 80.48 peratus dan 80.40 peratus dalam tempoh sama.

“Malaysia mengatasi Thailand dan Vietnam, sekali gus mengesahkan kualiti penstriman video yang hampir menyamai piawaian tertinggi di rantau ini.

“Perbezaan antara negara-negara ini masih ketara apabila Malaysia mencatatkan indeks penstriman hampir tujuh mata lebih tinggi berbanding Indonesia yang merekodkan 74.08 peratus,” menurut nPerf dalam kenyataan pada Isnin.

Platform itu berkata, prestasi berkenaan memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar, khususnya ketika menonton kandungan video berdefinisi tinggi (HD).

Perkembangan itu menunjukkan infrastruktur internet tetap negara terus berupaya menyokong penggunaan kandungan digital yang semakin meluas, termasuk perkhidmatan penstriman video berkualiti tinggi.

Related Posts

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

PUTRAJAYA – Isu persepsi antara cabaran paling kritikal bukan sahaja terhadap organisasi kerajaan dan swasta, malahan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

KUCHING – Keputusan dasar berhubung tuntutan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak telah dipersetujui di peringkat kepemimpinan tertinggi negara, dan proses selanjutnya kini diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang