SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

PUTRAJAYA – Isu persepsi antara cabaran paling kritikal bukan sahaja terhadap organisasi kerajaan dan swasta, malahan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, selain persepsi masyarakat, cabaran lain ialah perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI), kandungan deepfake serta penyebaran maklumat palsu turut dihadapi organisasi.

“Kita menyokong serta menghargai persepsi yang positif. Namun, persepsi negatif perlu ditangani dengan baik dan berhemah.

“Persepsi terbentuk daripada pelbagai faktor, khususnya perkembangan teknologi dan media sosial yang membolehkan masyarakat menerima maklumat dengan pantas dan mudah.

“Sebab itu kebijaksanaan serta pertimbangan pembaca sangat penting untuk memastikan maklumat yang diterima datang daripada sumber yang sahih,” katanya ketika program Zoom In bertajuk Fakta vs Persepsi, pada Isnin.

Beliau berkata, SPRM merupakan antara agensi yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat dan media, sekali gus terdedah kepada pelbagai persepsi serta tafsiran terhadap sesuatu isu atau kes.

Katanya, bagi menangani perkara itu, SPRM secara konsisten menyalurkan perkembangan terkini kepada media selain mengadakan sidang akhbar secara berkala.

“Pengurusan tertinggi SPRM sering tampil berkongsi perkembangan sesuatu kes bagi memastikan masyarakat memperoleh maklumat yang sahih serta melihat ketelusan yang diamalkan oleh suruhanjaya ini.

“Namun, bukan semua fakta boleh didedahkan secara terbuka kerana kami masih tertakluk kepada keperluan kerahsiaan serta tanggungjawab menjaga maruah individu yang sedang disiasat,” katanya.

Hisyam berkata, SPRM sentiasa berusaha membetulkan persepsi yang tidak tepat dalam tempoh secepat mungkin, namun keberkesanan usaha itu turut bergantung kepada keupayaan masyarakat menilai sumber maklumat yang diterima.

Menurutnya, kecenderungan individu, tahap rasionaliti, tabiat membaca tanpa memahami konteks sepenuhnya, selain pengaruh pempengaruh media sosial dan ideologi politik turut mempengaruhi pembentukan serta penyebaran sesuatu naratif.

“Di SPRM, kami memastikan penyaluran maklumat dilakukan menerusi perkongsian fakta yang sahih, tepat dan boleh dipercayai,” katanya.

“Sebagaimana SPRM menjalankan siasatan, setiap maklumat yang diterima akan dianalisis dan disahkan terlebih dahulu sebelum ditentukan sama ada ia mempunyai asas untuk diteruskan kepada siasatan lanjut,” ujarnya.

Related Posts

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SHAH ALAM –  Kualiti rangkaian internet tetap di Malaysia semakin meningkat sehingga dinobatkan tempat kedua dalam kalangan lima negara terbaik di Asia Tenggara. Pencapaian itu berdasarkan data platform bebas pengukuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

KUCHING – Keputusan dasar berhubung tuntutan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak telah dipersetujui di peringkat kepemimpinan tertinggi negara, dan proses selanjutnya kini diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1