Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

KUCHING – Syarikat penyedia perkhidmatan e-panggilan, Maxim Malaysia mengambil inisiatif proaktif mengedarkan pelitup muka secara percuma kepada penumpangnya di sekitar bandar raya ini susulan keadaan jerebu yang semakin meruncing.

Keadaan cuaca yang diselubungi asap tebal akibat kejadian kebakaran hutan di negara jiran, Indonesia itu telah menjejaskan kualiti udara tempatan, sekali gus menyukarkan pernafasan dan mendorong orang ramai untuk mengehadkan aktiviti di luar rumah.

Bagi menyokong keperluan masyarakat ketika waktu sukar ini, pengurusan Maxim bersama rakan pemandunya telah bekerjasama untuk menyalurkan pelitup muka secara langsung kepada penumpang yang aktif menggunakan perkhidmatan mereka sepanjang tempoh pesanan.

Inisiatif amal ini telah pun bermula dan dijangka berterusan selama beberapa hari. Ketua Maxim Kuching, Boon Kai Tan berkata, kempen berkenaan dilaksanakan atas dasar keprihatinan syarikat terhadap cabaran yang terpaksa didepani oleh pelanggan setia mereka pada ketika ini.

“Kami memahami bahawa keadaan jerebu ini boleh menjejaskan kehidupan harian serta keselesaan penduduk di Kuching, khususnya bagi mereka yang terpaksa melakukan pergerakan di sekitar bandar raya ini.

“Sejak inisiatif ini dimulakan beberapa hari lalu, kami telah berjaya mengedarkan sebanyak 200 keping pelitup muka.

Menerusi usaha kecil ini, kami berharap dapat memberikan pelindungan dan kemudahan tambahan kepada penumpang, di samping amat berterima kasih kepada rakan pemandu yang sudi bekerjasama,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Dalam perkembangan sama, Maxim Malaysia memberi komitmen untuk terus memantau rapi bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dan situasi semasa jerebu di Kuching bagi menilai sebarang keperluan untuk menghulurkan bantuan tambahan pada masa akan datang.

Langkah tersebut sejajar dengan misi berterusan syarikat untuk mencari jalan menyokong pemandu dan pelanggan, sekali gus memastikan setiap perjalanan di sekitar Kuching kekal selamat serta boleh diakses dalam apa-apa jua situasi mencabar.

Related Posts

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

LABUAN – Pergerakan Pemuda UPKO dan Pergerakan Generasi Muda UPKO Labuan membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang didakwa menyentuh isu kaum, agama dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

KOTA KINABALU – Penglibatan seramai 300 pelajar daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dalam persembahan khas dijangka memberi dimensi baharu kepada Sambutan Hari Malaysia peringkat Negeri Sabah, pada 16 September ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang