Danial biasa bangun jam 5 pagi cari ikan sebelum ke sekolah – Bapa

PEKAN – Bapa mana tidak risau mengenangkan nasib anaknya yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sungai, semalam.

Moh Azri Osman, 44, berkata, hatinya luluh mengenangkan pengorbanan anak sulungnya, Muhammad Danial Fakrullah yang sentiasa membantunya mencari rezeki seawal jam 5 pagi sebelum ke sekolah.

Moh Azri yang merupakan nelayan darat yang reda dengan insiden menimpa anaknya pagi semalam nekad untuk keluar mencari sendiri menggunakan bot sendiri selepas menunaikan solat Subuh pagi tadi.

Operasi pencarian dilakukan bot bersama seorang rakan di lokasi anaknya jatuh di Sungai Pahang berhampiran Kampung Belimbing, di sini.

”Selepas Subuh saya turun dua orang kemudian pukul 7 tadi dengan bantuan 12 orang Kampung Serengkam dan Kampung Belimbing menggunakan lima bot mula giat mencari Danial dari hulu ke hilir.

“Anak memang dah biasa sangat dengan kawasan ini, sejak kecil ikut saya cari ikan. Anak bukan lemah, jenis lasak. Dia selalu hari bangun awal pukul 5 dah turun ke sungai dahulu sebelum pergi sekolah.

”Memang dia anak harapan saya,” katanya sebak, lapor MalaysiaGazette.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, Danial sememangnya tahu selok-belok di kawasan berkenaan kerana sudah lama ’bermain’ di kawasan berkenaan.

Pelajar tingkatan 5 itu sememangnya cergas dan mahir berenang juga kerap turun sendiri ke sungai bagi menangkap ikan ketika ayahnya tidak sihat.

”Dia terpelanting, saya risau kerana bot itu berpusing dan langgar dia mungkin pengsan dan lemah dalam air, semasa saya dah sampai tempat kejadian pun bot masih bergerak. Dia terpelanting sebab botnya melanggar kayu.

“Firasat saya rasa anak tiada dah, cuma nak cari jasad dia,” kata.

Sementara itu  operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memasuki hari kedua pada hari ini.

Dalam insiden jam 9 pagi semalam, media melaporkan seorang pelajar hilang setelah terjatuh bot selepas memeriksa jaring di Sungai Pahang dekat Kampung Belimbing, Pekan.

Berdasarkan maklumat orang awam, terdapat sebuah bot dijumpai dalam keadaan berpusing tanpa kawalan dan rakaman itu juga tular sejak semalam di media sosial.

Manakala serorang saksi melihat mangsa terjatuh dari bot ketika mengangkap ikan di kawasan Sungai Pahang.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil