Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memastikan ketersediaan akses rangkaian yang mantap di tapak acara, merangkumi sambungan Wi-Fi dan data mudah alih.

“Saya telah bercakap dengan pihak MCMC untuk memastikan akses internet bagi rakan-rakan media adalah lebih daripada memuaskan dan cukup untuk mereka menjalankan tugas.

“Pihak MCMC telah memaklumkan bahawa setakat ini, semua peralatan dan perkakas yang perlu dipasang oleh ssyarikat telekomunikasi telah pun siap sedia dan berfungsi dengan baik,” katanya ketika ditemui semasa sesi tinjauan.

Beliau berkata demikian selepas meninjau tapak persiapan dan raptai acara menjelang malam perayaan pada 16 September ini pada Isnin malam.

Tinjauan tersebut turut disertai oleh barisan pengurusan tertinggi kementerian, termasuk Ketua Setiausaha, Datuk Halim Hamzah; Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Maria; dan Setiausaha Bahagian Kanan, Datuk Amin.

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan bahawa pihak kementerian sedang memperhalusi beberapa aspek teknikal di tapak acara, khususnya bagi menangani isu berkaitan sistem audio yang dibangkitkan sebelum ini. 

Langkah tersebut amat penting bagi memastikan kelancaran program, sekali gus memberikan persembahan yang terbaik kepada seluruh rakyat.

Bagi memeriahkan lagi suasana sambutan, beliau turut mengesahkan bahawa pihak kementerian telah menyelaraskan inisiatif untuk mengedarkan bungkusan cenderamata kepada para pengunjung yang hadir di sekitar lokasi tumpuan, termasuk di sekitar Tebingan Sungai Kuching.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan