Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

KUCHING – Keputusan dasar berhubung tuntutan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak telah dipersetujui di peringkat kepemimpinan tertinggi negara, dan proses selanjutnya kini diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, ketetapan asas tersebut telah dicapai oleh barisan pimpinan dalam satu pertemuan di Kota Kinabalu, Sabah pada 11 September lalu.

“Berdasarkan keputusan tersebut, SPR akan melakukan proses yang sewajarnya. Kita kini sedang menunggu proses dan maklum balas daripada pihak SPR. Bagaimanapun, tempoh masa pelaksanaannya belum dimaklumkan kepada Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi perkembangan tersebut secara santai dalam satu sesi ramah mesra bersama ahli Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) di Icom Square, petang Isnin.

Mengulas mengenai tuntutan pengagihan tepat satu pertiga (1/3) kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak sejajar dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Fahmi menjelaskan bahawa perincian khusus mengenai nisbah tersebut belum ditetapkan secara rasmi.

Namun begitu, beliau memberi jaminan dan sokongan penuh bahawa jumlah perwakilan bagi kedua-dua wilayah tersebut di Dewan Rakyat pasti akan ditingkatkan.

Dalam perkembangan sama, Fahmi turut membangkitkan isu ketidakseimbangan taburan pengundi yang ketara di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Selangor, yang perlu turut diberi perhatian oleh SPR.

Sebagai contoh, beliau membandingkan kawasan Parlimen Bangi yang merekodkan kepadatan sehingga 300,000 pengundi berbanding Parlimen Lembah Pantai yang mempunyai sekitar 100,000 pengundi.

“Ini bermaksud (nilai) satu undi di Lembah Pantai adalah bersamaan dengan tiga undi di Bangi. Perkara ini disifatkan tidak adil oleh sesetengah pihak. Walaupun kebanyakan kerusi di Kuala Lumpur diagihkan secara seimbang, terdapat pengagihan yang agak tidak sekata di Selangor yang perlu diteliti,” jelasnya lagi.

Related Posts

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Keralam, V D Satheesan hari ini membincangkan usaha memperkukuh kerjasama ekonomi serta memudah cara perdagangan dan pelaburan antara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

HASRAT untuk menerajui Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kini berdepan satu persoalan yang belum selesai sejauh mana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mampu meyakinkan rakyat mengenai isu integriti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang