Pameran Hari Malaysia 2026 rungkai sejarah pembentukan negara, papar dokumen sahih MA63

KUCHING – Penganjuran Pameran Sambutan Perayaan Hari Malaysia 2026 yang berlangsung di Atrium Utama Plaza Merdeka bermula 10 hingga 16 September ini menjadi platform penting untuk mendedahkan sejarah sebenar pembentukan negara kepada masyarakat.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pameran berskala besar berkonsepkan koridor zaman itu memaparkan dokumen-dokumen sejarah yang sahih, termasuk butiran pihak yang menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

Inisiatif ini merupakan usaha sama strategik antara Arkib Negara Malaysia, Jabatan Penerangan (JAPEN) dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

“Banyak dokumen sejarah telah dipaparkan dan saya menyarankan orang ramai untuk datang melihatnya sendiri. Ini adalah maklumat yang sahih, benar dan tepat,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pameran tersebut pada Khamis.

Bagi memastikan capaian maklumat yang menyeluruh, Fahmi memaklumkan bahawa pameran mini dengan konsep serupa turut digerakkan serentak di 10 bahagian seluruh Sarawak iaitu Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Selain itu, sebaran maklumat kenegaraan ini turut diperluas ke Semenanjung dan Sabah menerusi penganjuran pameran tambahan di Kementerian Komunikasi di Putrajaya serta di Menara Kinabalu, Sabah bermula 15 September ini.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX