Polis siasat MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangani Surat Cara Proklamasi

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dipaksa menandatangani proklamasi berkaitan penurunan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Beliau berkata, perkara itu masih dalam proses siasatan dan perkembangan lanjut akan dikongsikan sekiranya terdapat kemajuan.

“Kertas siasatan dah dibuka dan masih lagi dalam progres. Kalau ada kemajuan, seperti biasa kita akan kongsi dengan rakan media,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Terdahulu, Ismail Lasim menegaskan dokumen Surat Cara Proklamasi bagi menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, yang beliau tandatangani dan tular, dibuat tanpa kerelaan hatinya.

“Saya ingin menjelaskan surat cara (proklamasi) itu saya tandatangani tanpa rela hati dan secara paksaan (duress). Saya membuat laporan polis sekitar jam 6 petang pada 8 September 2026 bagi membolehkan siasatan dijalankan pihak berkuasa,” katanya seperti dilaporkan.

Sebelum itu, Sekretariat Undang Yang Empat mengeluarkan kenyataan berkaitan Sidang Khas Pengumuman Surat Cara Proklamasi Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Kenyataan itu ditandatangani mereka yang mendakwa masih menjadi Undang Luak sah, masing-masing Datuk Mubarak Thahak (Sungei Ujong), Datuk Maarof Mat Rashad (Jelebu), Datuk Abdul Rahim Yasin (Rembau) dan Datuk Muhammed Abdullah (Johol).

Ia turut ditandatangani Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Al-Qadri dan Dato’ Syahbandar Sungei Ujong, Datuk Seri Badarudin Abd Khalid.

Dalam kenyataan itu, mereka menuntut pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, khususnya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim mematuhi proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz yang didakwa ditandatangani Ismail di Istana Laguna Biru, Port Dickson pada 3 Ogos lalu.

Related Posts

UMNO-Pas masih berjarak meski bicara kerjasama – Penganalisis

KERJASAMA antara UMNO dan Pas dilihat masih berdepan jurang kepercayaan meskipun kedua-dua parti semakin terbuka untuk meneroka bentuk kerjasama politik menjelang pilihan raya akan datang. Penganalisis politik, Prof Madya Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

KOTA BHARU – Orang ramai termasuk pempengaruh diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri berhubung isu komuniti Rohingya kerana perbuatan sedemikian dikhuatiri boleh mencetuskan provokasi serta menjejaskan keamanan negara. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO-Pas masih berjarak meski bicara kerjasama – Penganalisis

UMNO-Pas masih berjarak meski bicara kerjasama – Penganalisis

Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

Marsha akui sukar beri markah, peserta mula hilang momentum

  • By Ezmie
  • September 14, 2026
Marsha akui sukar beri markah, peserta mula hilang momentum

Aspirasi Hari Malaysia: Generasi muda mahu kemakmuran negara, kilauan emas Olimpik

Aspirasi Hari Malaysia: Generasi muda mahu kemakmuran negara, kilauan emas Olimpik

Abdul Aziz dilantik Timbalan KPN baharu

Abdul Aziz dilantik Timbalan KPN baharu

Polis siasat MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangani Surat Cara Proklamasi

Polis siasat MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangani Surat Cara Proklamasi