Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan aset bernilai lebih RM860.3 juta antara 2015 hingga 2017.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad.

Mengikut pertuduhan, Jamil Khir, 65 didakwa menyebabkan TH melupuskan wang berjumlah RM860,308,770.51, bersamaan SAR766,062,237, kepada Al-Rawda Real Estate Development And Projects Management Co Ltd.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa menyebabkan TH melupuskan wang berjumlah RM42,942,074, bersamaan SAR44.17 juta.

Pertuduhan kedua membabitkan RM288,172,134.64, bersamaan SAR250,041,622, manakala pertuduhan ketiga membabitkan RM529,194,561.87, bersamaan SAR471,848,615.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabatnya di Bahagian Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri, di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kompleks Islam Putrajaya, masing-masing pada 3 April 2015, 14 Disember 2016 dan 17 Ogos 2017.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, peruntukan itu membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda.

Jamil Khir, yang juga bekas Ahli Parlimen Jerai, hadir di kandang tertuduh dengan memakai sut hitam.

Related Posts

Bubar DUN atau tarik sokongan? jangan jadikan mandat rakyat sebagai ujian keikhlasan politik

CADANGAN menjadikan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu atau penarikan sokongan di Parlimen sebagai ukuran ‘keikhlasan’ kerjasama politik perlu dilihat dengan lebih rasional. Mandat rakyat bukan alat eksperimen untuk menentukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar bawa diplomasi pragmatik ke pentas dunia wajar dihargai

TAWAU – Usaha diplomasi yang digerakkan kerajaan dengan membawa kepentingan Malaysia ke pentas antarabangsa wajar dihargai sebagai manifestasi kesungguhan mentadbir negara secara pragmatik dan berdaya saing. Naib III Pengerusi Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bubar DUN atau tarik sokongan? jangan jadikan mandat rakyat sebagai ujian keikhlasan politik

Bubar DUN atau tarik sokongan? jangan jadikan mandat rakyat sebagai ujian keikhlasan politik

Anwar bawa diplomasi pragmatik ke pentas dunia wajar dihargai

  • By Fatin
  • September 14, 2026
Anwar bawa diplomasi pragmatik ke pentas dunia wajar dihargai

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri