Warga Felda perlu contohi semangat hijrah Rasulullah – PM

SERDANG – Warga Felda perlu mencontohi semangat hijrah baginda Rasulullah bagi terus mengangkat darjat warga peneroka.

Demikian seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melalui hantaran di Facebooknya selepas hadir meraikan Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 Peringkat Kebangsaan bersama ribuan warga peneroka di MAEPS, Serdang hari ini.

Dalam hantaran sama beliau menegaskan betapa warga Felda perlu menekuni semangat hijrah Baginda dengan memastikan Felda menjadi contoh ikutan terbaik dengan memperbaiki diri, meninggalkan sikap lapuk dan menjadi umat yang seimbang.

Anwar disambut warga Felda yang hadir di HPF 2024.

“Sambutan (HPF 2024) ini penuh bermakna, saya menyingkap kisah orang-orang miskin puluhan tahun lalu yang sanggup berkorban meninggalkan keluarga dan kampung halaman meneroka tanah-tanah hutan.

“Pengorbanan bagi menyambut idea dicetuskan Allahyarham Tun Abdul Razak ini adalah bagi membantu mengangkat darjat orang-orang miskin selaras dengan ibrah pengorbanan Nabi Muhammad SAW yang meninggalkan Makkah untuk berhijrah ke Madinah.

Anwar melihat produk-produk yang dipamerkan oleh usahawan-usahawan Felda di HPF 2024.

“Atas semangat itu, saya tegaskan betapa warga Felda perlu menekuni semangat hijrah Baginda dengan memastikan Felda menjadi contoh ikutan terbaik dengan memperbaiki diri, meninggalkan sikap lapuk dan menjadi umat yang seimbang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal penyasaran subsidi diesel dengan menegaskan langkah itu perlu dilaksanakan kerana tidak wajar untuk kerajaan terus memberi bantuan ini kepada golongan maha kaya dan warga asing.

Katanya, keputusan itu dibuat sebagai mana yang dipersetujui semua Perdana Menteri terdahulu yang mentadbir sejak 1990-an.

Bagaimanapun beliau mengakui masih ada kelemahan dalam pelaksanaannya yang perlu diperbaiki.

“Saya mendengar keluhan warga Felda yang banyak bergantung kepada diesel dalam kehidupan seharian dan sedia mencari jalan membantu selagi mana ia dirunding secara baik dan waras, ketimbang maki hamun dan cercaan semberono.

“Hasil perbincangan yang baik dengan pengurusan Felda, saya bersetuju untuk meluluskan peruntukan tambahan subsidi diesel berjumlah RM100 juta kepada Felda untuk menampung kos operasi ladang.

“Saya turut umumkan kelulusan peruntukan berjumlah RM31.7 juta atau RM100,000 bagi setiap 317 rancangan Felda untuk melaksanakan projek ekonomi tambahan membabitkan warga peneroka menerusi Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani),” katanya.

Tegasnya Ahli Parlimen Tambun itu lagi, Felda perlu memastikan pengurusan yang cekap tanpa campur tangan pihak lain serta menghentikan segala kebobrokan, kecurangan dan ketirisan wang rakyat.

Felda Teloi Kanan Wilayah Alor Setar menerima hadiah RM1 juta selepas dinobatkan sebagai pemenang AKRK 2024.

Terdahulu, Felda Teloi Kanan Wilayah Alor Setar dinobatkan pemenang Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) 2024 pada Ahad sekali gus menerima hadiah RM1 juta.

Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Karnival Keusahawanan sempena Hari Peneroka Felda (HPF) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini.

Related Posts

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekerapan tren LRT3 akan dikaji jika jumlah penumpang meningkat

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan menilai semula kekerapan perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sekiranya jumlah penumpang menunjukkan peningkatan sepanjang bulan pertama operasi. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda