Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

KUALA LUMPUR – Pantai Timur mempunyai potensi besar untuk menjadi destinasi pelaburan yang lebih berdaya saing.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, dari 2021 hingga Jun 2026, Pahang, Kelantan dan Terengganu merekodkan RM61.4 bilion pelaburan diluluskan melibatkan 1,746 projek, yang mampu mewujudkan lebih 30,000 peluang pekerjaan.

“Potensi ini diperkukuh lagi dengan laluan rel pantai timur (ECRL) yang bakal membuka peluang baharu dalam logistik, kargo, perindustrian dan rantaian bekalan.

“Yang penting, syarikat tempatan perlu turut mendapat manfaat daripada pertumbuhan ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook malam tadi.

Beliau yang juga Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri turut  menjelaskan Seminar Pelaburan Wilayah Pantai Timur 2026  yang berlangsung baru-baru ini bukan sekadar menghimpunkan lebih 400 peserta, malah memberi manfaat kepada banyak syarikat tempatan.

“Melalui Klinik Perniagaan, lebih 70 syarikat mendapat khidmat secara langsung daripada lebih 10 agensi Kerajaan bagi menangani isu kelulusan, operasi, utiliti, tenaga kerja, percukaian dan pelaksanaan projek.

“Matlamat kita jelas, memacu pelaburan dan memperkasa syarikat tempatan,” katanya.

Menurut Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Pengoperasian ECRL dijangka membolehkan perjalanan antara Kota Bharu, Kelantan dan Gombak, Selangor mengambil masa kira-kira empat jam, Kuala Terengganu, Terengganu dan Gombak (tiga jam) serta Kuantan, Pahang dan Gombak (satu jam 35 minit).

Fasa pertama ECRL dari Kota Bharu ke Gombak dijangka beroperasi pada Disember ini.

Related Posts

Sektor kesihatan perlu dilihat sebagai strategi ekonomi

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu melihat sektor kesihatan sebagai strategi ekonomi negara, bukan sekadar soal rawatan, berikutan peningkatan jumlah penduduk warga emas dan kos perubatan semakin tinggi. Timbalan Menteri Ekonomi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak