Kerjasama dengan PH bukan tiket kuasa pengampunan Agong boleh disentuh 

KUALA LUMPUR – Terdapat prinsip-prinsip asas yang tidak boleh dikompromi UMNO atas nama kerjasama walaupun parti itu menghormati persepakatan yang dibentuk bersama Pakatan Harapan (PH) di peringkat persekutuan.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Keningau, Siti Noor Zati Kamelah Sairin berkata, antara perkara yang perlu dihormati ialah kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, UMNO menghormati persepakatan yang dibentuk di peringkat Persekutuan namun terdapat prinsip asas yang tidak boleh dikompromi atas nama kerjasama.

“Pandangan mengenai hukuman perlu dibezakan daripada kuasa pengampunan yang merupakan bidang kuasa tersendiri di bawah Perlembagaan.

“Kalau salah, hukum. Kita tidak melindungi orang yang melakukan kesalahan tetapi dalam masa sama, kita mesti menghormati Perlembagaan dan kuasa yang diberikan kepada institusi raja,” katanya.

Pendirian itu disuarakan ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Wanita UMNO  susulan perdebatan mengenai kenyataan individu yang disabitkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa perlu menjalani hukuman sepenuhnya.

Mengulas lanjut, Siti Noor Zati menjelaskan, Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi kesalahan dalam bidang kuasa Persekutuan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan.

“Semua pihak diingatkan supaya tidak menjadikan isu hukuman sebagai alasan untuk mempertikaikan atau mengetepikan bidang kuasa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan.

“UMNO perlu konsisten mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu sebagai sebahagian daripada asas perjuangan parti, termasuk ketika berdepan perbezaan pendirian dengan rakan dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya

Dalam pada itu, Siti Noor Zati menegaskan, pendirian tersebut bukan bermaksud UMNO menolak tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbukti melakukan kesalahan.

Sebaliknya prinsipnya mudah iaitu kesalahan perlu dihukum melalui proses undang-undang, manakala sebarang kuasa yang diberikan Perlembagaan kepada institusi diraja perlu terus dihormati.

“Kerjasama politik sepatutnya dibina atas persefahaman dan saling menghormati, bukannya memaksa mana-mana parti mengetepikan prinsip yang menjadi asas perjuangannya,” katanya.

Related Posts

Calon UMNO pasti kalah jangan lagi ‘ditunggang’ pada PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO Selangor mengingatkan kepimpinan parti untuk tidak lagi memilih calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) berdasarkan populariti dalam parti semata-mata, sebaliknya menggunakan data dan penerimaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selepas PRU16, UMNO tidak perlu lagi terikat dengan mana-mana parti politik

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan yang menggabungkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) selepas keputusan Parlimen tergantung hanyalah persinggahan sementara dan bukan destinasi akhir UMNO. Ketua Pemuda UMNO Johor,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon UMNO pasti kalah jangan lagi ‘ditunggang’ pada PRU16

Calon UMNO pasti kalah jangan lagi ‘ditunggang’ pada PRU16

Jangan jadi Tuhan tentukan syurga, neraka – Sheikh Wazir

Jangan jadi Tuhan tentukan syurga, neraka – Sheikh Wazir

Keterbukaan UMNO beri kerjasama SPRM langkah tepat – Noh Omar

Keterbukaan UMNO beri kerjasama SPRM langkah tepat – Noh Omar

Selepas PRU16, UMNO tidak perlu lagi terikat dengan mana-mana parti politik

Selepas PRU16, UMNO tidak perlu lagi terikat dengan mana-mana parti politik

Wanita UMNO perlu bantu raih semula kepercayaan rakyat – Noraini

Wanita UMNO perlu bantu raih semula kepercayaan rakyat – Noraini

Isu Proklamasi Negeri Sembilan, Ahmad Zahid jumpa Ismail Lasim

Isu Proklamasi Negeri Sembilan, Ahmad Zahid jumpa Ismail Lasim