Azeez tidak disambung reman, dijangka bebas petang ini

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka dibebaskan selepas tempoh reman dua hari bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan pemberian hibah TH tamat pada Khamis.

Peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad berkata, Abdul Azeez dijangka dilepaskan kira-kira jam 5 petang selepas polis tidak meneruskan permohonan lanjutan reman.

Menurutnya, polis sebelum ini memohon lanjutan reman selama tiga hari, namun pihak pembelaan membantah permohonan itu atas alasan siasatan boleh diteruskan tanpa menahan anak guamnya.

“Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama sekiranya diperlukan.

“Kalau ada keperluan untuk hadir bagi tujuan membantu siasatan, beliau bersedia untuk tampil. Jadi tidak perlu untuk ditahan lagi,” katanya kepada pemberita selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, Khamis.

Amer berkata, Abdul Azeez telah memberikan keterangan sepanjang dua hari tempoh reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, bekas Ahli Parlimen Baling itu juga telah lebih 10 kali memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam pelbagai siasatan sebelum ini.

“Sesi ini, beliau beri kerjasama yang sangat baik kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

“Kalau ada keperluan, beliau sedia dipanggil ke Bukit Aman atau mana-mana balai lain untuk bantu siasatan. Tidak ada keperluan untuk ditahan reman lagi,” katanya.

Pada Rabu, Abdul Azeez mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan jawatan pengerusi sebuah syarikat dengan gaji RM690,000, 12 tahun lalu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Pada hari sama, Abdul Azeez bersama dua bekas pegawai TH direman selama dua hari bagi membantu siasatan polis berhubung kes penipuan berkaitan pemberian hibah TH.

Related Posts

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

KUALA LUMPUR – Kos haji bagi Musim Haji 1448H/2027M kekal RM33,300 bagi setiap seorang jemaah haji iaitu pengekalan kos yang sama untuk tahun keempat berturut-turut. Tabung Haji (TH) dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor