NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memberi jaminan aspek adaptasi perubahan iklim tidak diketepikan dalam Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUU PIN), sebaliknya menjadi sebahagian daripada kerangka tindakan negara menghadapi risiko perubahan iklim.

Menerusi kenyataan pada Khamis, NRES berkata, RUU PIN merangkumi aspek mitigasi dan adaptasi bagi memastikan tindakan perubahan iklim dilaksanakan secara lebih tersusun, bersepadu, telus serta mempunyai akauntabiliti yang jelas.

“Pendekatan ini juga akan menyokong pembangunan sasaran adaptasi kebangsaan dengan mengambil kira risiko dan keperluan pelbagai sektor,” katanya.

NRES berkata, RUU PIN turut memperkukuh keupayaan kerajaan mendapatkan dan mengurus data serta maklumat perubahan iklim daripada pelbagai sektor dan pihak berkepentingan bagi menyokong proses berkenaan.

Katanya, sasaran adaptasi itu kemudiannya akan diterjemahkan melalui pembangunan Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP) bagi memperkukuh daya tahan negara terhadap kesan perubahan iklim, selaras dengan hala tuju Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 (DPIN 2.0).

“Selain itu, Kumpulan Wang Perubahan Iklim di bawah RUU PIN akan menyediakan sumber pembiayaan khusus bagi menyokong pelaksanaan tindakan perubahan iklim, termasuk langkah-langkah adaptasi,” katanya.

cuaca panas

Dalam pada itu, NRES menjelaskan RUU PIN perlu dilihat sebagai sebahagian daripada ekosistem dasar dan perundangan perubahan iklim negara yang saling melengkapi, bukannya secara berasingan daripada dasar, strategi, pelan tindakan dan instrumen sedia ada.

Menurutnya, RUU PIN akan menjadi asas perundangan bagi memperkukuh tadbir urus, penyelarasan dan pelaksanaan tindakan perubahan iklim, manakala instrumen lain mempunyai fungsi khusus masing-masing.

NRES berkata, Malaysia kini melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi secara serentak bagi menghadapi risiko perubahan iklim yang semakin kompleks termasuk banjir, cuaca ekstrem, kenaikan paras laut, hakisan pantai serta kesan terhadap sumber air, pertanian, kesihatan, infrastruktur dan ekosistem.

“Secara asasnya, mitigasi menangani punca perubahan iklim melalui usaha mengurangkan pelepasan gas rumah kaca, manakala adaptasi mengurangkan risiko serta meningkatkan daya tahan terhadap kesan perubahan iklim.

“Kedua-duanya perlu dilaksanakan secara seimbang kerana tindakan adaptasi melindungi rakyat dan negara daripada kesan perubahan iklim, manakala tindakan mitigasi penting untuk mengurangkan peningkatan risiko tersebut dalam jangka panjang,” katanya.

Kementerian itu turut menegaskan agenda perubahan iklim memerlukan pendekatan menyeluruh membabitkan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, industri, akademia, masyarakat sivil dan komuniti.

Katanya, penyelarasan di peringkat nasional penting bagi memastikan dasar dan komitmen perubahan iklim dapat diterjemahkan kepada tindakan yang konsisten, berkesan dan memberi impak di lapangan.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3