Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

SARATOK – Sepasang kekasih ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan di Kampung Gerigat, Kabong, pada Selasa.

Kedua-dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 31 tahun dari Kampung Nyabor dan wanita tempatan berusia 19 tahun dari Bintangor ditahan untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kejadian itu dikesan selepas pasukan anggota kereta peronda (MPV) setalah menerima panggilan daripada Balai Saratok berhubung sepasang kekasih yang bergaduh di lokasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi, anggota polis berhubung dengan orang awam yang menunjukkan tempat kedua-dua suspek bergaduh sebelum mereka dibawa ke Balai Saratok untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Siasatan mendapati suspek lelaki mengaku sebelum kejadian dia berjumpa rakannya dan meminum minuman keras jenis langkau.

“Selepas mabuk, suspek membuat kacau terhadap seorang penduduk kampung yang sedang membetulkan jaring di kawasan berkenaan sehingga berlaku pergaduhan,” katanya.

Mathew berkata, pada masa sama suspek lelaki turut bertengkar dengan suspek wanita yang merupakan kekasihnya berpunca daripada hal peribadi dan cemburu.

“Pergaduhan itu kemudiannya dileraikan orang awam yang berada di tempat kejadian dan tiada kecederaan berlaku.

“Kedua-dua suspek turut mengaku mengambil dadah bersama sebelum kejadian,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu. Pusat Gerakan Operasi Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib memberi jaminan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyalurkan bantuan penuh kepada waris mangsa nahas helikopter di Long Lellang sehingga urusan pengebumian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3