Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

SIBU – Seorang wanita warga emas berusia 78 tahun dilaporkan hilang dipercayai selepas keluar menuju ke kawasan kebun berhampiran Rumah Philip Kayak, Durin pada petang Rabu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 7.11 pagi Khamis.

Kehilangan Monica Delima Ubong mula disedari oleh jirannya yang kali terakhir melihat mangsa sedang bersiap-siap untuk ke kebun pada jam kira-kira 3.30 petang hari kejadian.

Terdahulu, usaha awal bagi menjejaki mangsa di sekitar kawasan rumah panjang dan kebun telah dilakukan oleh penduduk setempat namun menemui jalan buntu sebelum laporan polis dibuat.

Susulan itu, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya yang diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Jerry Kusau Demian dikerahkan segera ke lokasi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang berketurunan Iban itu kini sedang giat digerakkan di lapangan dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Related Posts

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Kerajaan bersetuju pada prinsipnya untuk memindahkan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan penyertaan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak ditambah melebihi nisbah perwakilan yang ada ketika ini, selaras dengan Perjanjian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

MIRI – Amalan mengibarkan Jalur Gemilang tidak seharusnya dilihat sekadar untuk memeriahkan suasana sambutan bulan kebangsaan semata-mata, sebaliknya ia merupakan manifestasi penghormatan, kecintaan dan kebanggaan sebagai rakyat Malaysia. Pengarah Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0