KKM disaran pertingkat aspek keselamatan, kebajikan petugas perkhidmatan doktor udara – Dr Kelvin

KUCHING – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disaran untuk meneliti semula tahap keselamatan serta kebajikan petugas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS).

Cadangan tersebut disuarakan susulan insiden nahas helikopter di Long Lellang baru-baru ini sebagai inisiatif menghargai pengorbanan barisan hadapan yang berkhidmat di kawasan pedalaman.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata, penambahbaikan tersebut wajar merangkumi semakan perlindungan insurans, latihan keselamatan penerbangan serta pemberian kadar pampasan yang munasabah.

“Pampasan untuk keluarga mangsa perlulah bersesuaian dengan pengorbanan yang dilakukan dan borang tanggung rugi yang ditandatangani tidak wajar mengehadkan jumlah tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Rabu.

Beliau turut menyarankan agar proses pengauditan bebas dilaksanakan ke atas semua aset penerbangan FDS secara berkala bagi memastikan kelengkapan tersebut memenuhi piawaian keselamatan moden. 

Inisiatif jangka panjang itu diharap dapat seiring dengan pewujudan skim insurans khusus bagi menggantikan keperluan borang tanggung rugi sedia ada.

Selain itu, setiap petugas kesihatan disyorkan untuk menerima pendedahan asas mengenai prosedur keselamatan dan tindak balas kecemasan yang sewajarnya sebelum memulakan tugasan penerbangan. 

Pengkajian semula kadar elaun yang diterima juga perlu dinilai secara berstruktur agar selaras dengan risiko operasi di lapangan.

Dr Kelvin meluahkan kebimbangan sekiranya kelompongan isu tersebut tidak ditangani secara positif, ia berpotensi menjejaskan motivasi petugas perubatan untuk menabur bakti di kawasan pedalaman.

Pihaknya dijangka membawa permohonan tersebut ke sidang Parlimen kelak bagi memohon pertimbangan dan penyelesaian yang komprehensif daripada pihak kementerian berkaitan.

Related Posts

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

TELUPID – Empat individu maut selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori Isuzu di hadapan Kedai Makan Rosalinda, Kampung (Kg) Gambaron, di sini pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mendakwa beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi yang tular baru-baru ini dalam keadaan terpaksa. Beliau berkata, laporan polis telah dibuat kira-kira jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter