ADUN Gombak Setia bebas tuduhan kenyataan timbulkan kegusaran awam

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam di TikTok.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membebaskan Ketua Armada Bersatu itu selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Pada 20 Ogos tahun lalu melaporkan Muhammad Hilman Idham dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan menimbulkan kegentaran awam melalui kenyataan dimuat naik di akaun Tiktok, Julai tahun lalu.

Muhammad Hilman didakwa di hadapan Majistret Amira Abd Aziz mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau dituduh membuat kenyataan di akaun Tiktok ‘alfah.channel.tv’ yang mungkin menimbulkan kegentaran awam yang boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Video TikTok itu memaparkan ucapan Muhammad Hilman ketika Himpunan Malam Solidariti Tolak Akta Hasutan pada 29 Julai lalu, yang dianjurkan bagi membantah penggunaan Akta Hasutan 1948 terhadap pemimpin politik dan aktivis.

Related Posts

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memberi jaminan aspek adaptasi perubahan iklim tidak diketepikan dalam Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUU PIN), sebaliknya menjadi sebahagian daripada kerangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akmal Saleh sebak kenang pemimpin Pemuda UMNO yang telah pergi selamanya

Akmal Saleh sebak kenang pemimpin Pemuda UMNO yang telah pergi selamanya

UMNO buka ruang kerjasama dengan Pas, PH perlu bermuhasabah

UMNO buka ruang kerjasama dengan Pas, PH perlu bermuhasabah

Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

Pemuda UMNO tidak akan calon wakil rakyat yang utamakan kepentingan peribadi

Pemuda UMNO tidak akan calon wakil rakyat yang utamakan kepentingan peribadi

Pemuda UMNO mahu bersama Pas demi penyatuan ummah, tidak pinggir kaum bukan Melayu

Pemuda UMNO mahu bersama Pas demi penyatuan ummah, tidak pinggir kaum bukan Melayu

Program Jiwa @ Komuniti sasar pemerkasaan tahap celik digital, patriotisme belia Mukah

Program Jiwa @ Komuniti sasar pemerkasaan tahap celik digital, patriotisme belia Mukah