Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, Abdul Azeez, yang juga bekas Ahli Parlimen Baling, dijadualkan dihadapkan ke mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi pada jam 9 pagi.

Beliau sebelum ini direman selama tujuh hari mulai 27 Ogos hingga 2 September lalu bagi membantu siasatan SPRM susulan pendedahan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengurusan dan operasi TH.

Menurut Bernama, Abdul Azeez dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan direman bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Siasatan itu susulan laporan RCI yang antara lain mendedahkan isu berkaitan pengurusan pelaburan TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Laporan RCI yang dimuat naik di portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lalu turut mengesyorkan supaya audit forensik dijalankan bagi meneliti kaedah keputusan pelaburan terdahulu dibuat.

Cadangan itu dibuat selepas RCI mendapati TH berdepan penurunan nilai aset yang teruk, selain mengenal pasti beberapa pelaburan bermasalah yang memerlukan penelitian lanjut.

Lebih serius, laporan berkenaan turut merekodkan penemuan transaksi mencurigakan serta dakwaan penyembunyian maklumat dalam pengurusan institusi berkenaan.

RCI berkenaan ditubuhkan bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH sepanjang tempoh enam tahun bermula 2014 hingga 2020.

Siasatan itu turut mengambil kira penemuan beberapa firma audit dan perunding, termasuk PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger.

Bagaimanapun, skop RCI tidak meliputi pelan penstrukturan serta pemulihan TH yang sedang dilaksanakan pada ketika itu.

Related Posts

Malaysia perlu bijak menghadapi kecelaruan dunia baharu

MALAYSIA perlu memperkukuh daya tahan ekonomi, keselamatan dan hubungan strategik antarabangsa bagi menghadapi perubahan susunan kuasa dunia yang semakin tidak menentu akibat persaingan geopolitik antara negara kuasa besar. Profesor Adjung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majikan buktikan ambil anak tempatan, jangan sampai pekerja asing nafi peluang kerja rakyat

KUALA LUMPUR – Terdapat keperluan penguatkuasaan dasar pekerja asing diperketatkan dalam memastikan pengambilannya dihadkan kepada sektor yang diluluskan dan benar-benar mengalami kekurangan tenaga kerja, khususnya pekerjaan kotor, berbahaya dan sukar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi