Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

MARUDI – Sebuah helikopter sewa khas yang dipercayai membawa lima individu bagi perkhidmatan doktor udara dilaporkan terhempas di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang.

Insiden nahas yang dilaporkan berlaku pada jam 3.32 petang itu membabitkan pesawat yang ditugaskan untuk penerbangan ke tiga buah lokasi iaitu Ba Lai, Long Siut dan Long Lellang. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat sedang diusahakan namun berdepan kesukaran berikutan keadaan lokasi kejadian yang terlalu terpencil.

“Maklumat awal yang diterima mendapati terdapat lima individu berada dalam helikopter berkenaan, namun status kesemua mangsa masih belum dapat dipastikan,” katanya menerusi satu kenyataan rasmi pada Selasa. 

Faktor logistik membataskan kelancaran pergerakan pasukan penyelamat berikutan laluan darat dari Marudi memakan masa 10 jam, manakala bantuan udara helikopter dari Pangkalan Udara PDRM Kuching terhalang akibat cuaca jerebu serta ketiadaan kelulusan CAAM. 

Kesannya, proses menyelamat awal di lokasi kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada inisiatif penduduk kampung, anggota RELA berserta pasukan polis bantuan lapangan terbang berkenaan.

Butiran lengkap mengenai identiti kesemua penumpang akan disahkan kelak sebaik sahaja pasukan mencari dan menyelamat berjaya tiba di lokasi untuk menilai situasi keseluruhan. 

Orang awam dinasihatkan jangan membuat sebarang spekulasi bagi melancarkan kelancaran siasatan lanjut oleh pihak Bahagian Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar