PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang pernah ditawarkan kerjasama oleh Amerika Syarikat untuk menjatuhkan Kerajaan Brisan Nasional (BN) pada tahun 2014.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M. Kumar berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 50 5(b) Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

“Mengikut Seksyen 50 5(B) KK iaitu kesalahan berkaitan dengan kenyataan yang boleh menyebabkan kegusaran awam, jika disabitkan boleh dihukum penjara sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Bagi siasatan kedua iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian perkhidmatan, jika disabitkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Kumar, sebanyak 12 laporan polis telah diterima berkait isu berkenaan dan seramai 12 orang saksi telah dirakam percakapan.

“Rakaman percakapan, Presiden Pas itu akan diambil dalam masa terdekat untuk melengkapkan siasatan,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan dan menggunakan platform media sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat kententeraman serta keselamatan awam.

Terdahulu, Abdul Hadi mendedahkan bahawa seorang wakil Kedutaan AS pernah bertanya kepadanya mengenai calon yang dicadangkan parti itu sebagai Perdana Menteri.

Abdul Hadi mendakwa pertemuan berkenaan berlaku ketika Pas masih menjadi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat, sekitar waktu lawatan Presiden AS ketika itu, Barack Obama, ke Malaysia.

Beliau membuat dakwaan berkenaan ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Kota Bharu, semalam.

Kedutaan AS sebelum ini turut menegaskan bahawa hubungan diplomatiknya dengan Malaysia terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Related Posts

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

MARUDI – Sebuah helikopter sewa khas yang dipercayai membawa lima individu bagi perkhidmatan doktor udara dilaporkan terhempas di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang. Insiden nahas yang dilaporkan berlaku pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

  • By Aden
  • September 8, 2026
PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar