Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

MIRI – Seramai 155 pelajar daripada tiga buah sekolah menerima cermin mata secara percuma menerusi inisiatif Pusat Khidmat Parlimen Miri dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat Des Optics.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man hadir menyerahkan sumbangan tersebut yang menyasarkan para pelajar dari SK Kuala Baram 2, SMK Pujut dan SK Senadin.

“Setiap pelajar seharusnya mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan mata yang mencukupi supaya mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran,” katanya.

Inisiatif penjagaan kesihatan ini merupakan kesinambungan daripada program saringan terdahulu yang membolehkan pelajar menjalani pemeriksaan secara percuma bagi mendapatkan ukuran preskripsi penglihatan yang tepat.

Komitmen berterusan pihak berkenaan menerusi penganjuran program seumpama ini diharap dapat membantu melahirkan generasi muda yang sihat, berilmu serta berdaya saing dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Related Posts

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

SANDAKAN – Borneo Bird Run kembali menemui masyarakat selepas tujuh tahun berehat apabila edisi keempat acara berkenaan bakal berlangsung di Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok, pada 8 November ini. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik